“Kita kena ingat kita ada jawatan ini sampai bila? Sampai bila tu? Cuba fikir baik-baik, sampai kiamat?” Pesanan terakhir Menteri sebelum meninggal

Oleh GEMILANGDAILY

“Kita kena ingat kita ada jawatan ini sampai bila? Sampai bila tu? Cuba fikir baik-baik, sampai kiamat?” Pesanan terakhir Menteri sebelum meninggal

Selain diingat sebagai seorang individu yang disenangi banyak pihak dan budiman,

Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sering menitipkan kata-kata nasihat betapa semua yang dimiliki semasa hayatnya hanya bersifat sementara.

"Kita kena ingat kita ada jawatan ini sampai bila? Sampai bila tu? Cuba fikir baik-baik, sampai kiamat?" Pesanan terakhir Menteri sebelum meninggal

Katanya, apa sahaja jawatan yang disandang pada hari ini sama ada menteri atau apa sahaja, ia tidak akan kekal selama-lamanya.

Anak kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub mengesahkan bapanya meninggal dunia sebentar tadi.

Melalui catatan di Facebook miliknya, Fatihah Salahuddin berkata, bapanya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.23 malam ini di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram disahkan mengalami pendarahan otak sebelum menjalani rawatan di hospital berkenaan semalam.

Sementara itu, Setiausaha Akhbarnya, Syakirin Husnal memberitahu, jenazah Allahyarham sedang diuruskan untuk dihantar pulang ke rumah ibunya di Kampung Serkat (Kopi Tenggek) di Tanjung Piai, Johor untuk dikebumikan.

“Pihak keluarga Allahyarham ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak atas doa dan ingatan yang diberikan terhadap Allahyarham selama ini.

“Keluarga Allahyarham juga ingin berterima kasih kepada semua doktor dan petugas di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman,” katanya pada satu kenyataan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Fatimah Taha dan enam orang cahaya mata

BACA: Tiba-tiba Chef Burak heret bapa kandung sendiri ke mahkamah, tak sangka! Rupanya ini yang bapa dia buat