Kenapa kena tukar kad debit bila sampai tarikh luput kad, wajib sangat ke? Ini alasannya
Bagi yang memiliki kad debit atau kredit daripada bank, mesti ramai perasan ada tarikh yang tertera pada kad tersebut.
Tarikh yang ada pada kad bank ni tak lain tak bukan adalah tarikh luput.
Tarikh luput pada kad debit atau kredit ni boleh jadi berbeza.
Kebiasaannya tarikh luput berjarak tiga hingga lima tahun dari tarikh ia diterima. Tapi kenapa kad ni ada tarikh luput?
Elak penipuan
Tarikh luput pada kad berfungsi sebagai ‘checkpoint’ untuk setiap transaksi. Persaan tak, kalau nak buat pembayaran secara atas talian menggunakan kad kredit atau debit, salah satu maklumat yang perlu disahkan adalah tarikh luput.
Pengesahan tarikh luput ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan kad debit atau kredit seseorang digunapakai oleh pihak tak sepatutnya.
Hal ini kerana, mereka mungkin tahu nombor pada kad, tapi tak tahu tarikh luput kad tersebut. Bila perkara ni terjadi, maka transaksi akan gagal.
Ciri keselamatan baharu
Apabila kad kredit atau debit tamat tempoh, pemilik kad sudah pasti perlu mendapatkan kad baharu daripada pihak bank. Dari semasa ke semasa, ciri kad akan dinaiktaraf supaya keselamatan data pemilik lebih terjamin.
Misalnya, teknologi kad kredit dan debit kini telah dilengkapi dengan cip EMV (Europay, Mastercard and Visa). EMV merupakan penambahan ‘benteng’ keselamatan pada kad yang lebih terjamin untuk membuat pembayaran, berbanding versi kad sebelumnya.
Pembaharuan akaun
Apabila kad kredit atau debit telah sampai tarikh luput, pemilik kad mempunyai peluang untuk memilih sama ada ingin memperbaharui akaun mereka atau tidak.
Semasa pergi ke bank untuk proses pembaharuan kad, pemilik akaun boleh membaca semula terma dan syarat bank berkenaan.
Jika terma dan syarat atau servis yang ditawarkan tak memenuhi keperluan mereka, pemilik akaun boleh memilih untuk tetap menggunakan servis bank tersebuta atau menghentikannya.
Fizikal kad
Pengalaman menggunakan sesuatu kad yang sudah lama bukanlah sesuatu yang menyenangkan. Mesti ada yang pernah mengalami situasi cip kad pengenalan ‘susah baca’ sebab dah terlalu lama.
Begitu juga dengan kad kredit atau debit ni.
Fizikal kad yang dah lama digunakan mungkin mengakibatkan sesuatu urusan terutamanya pembelian memakan masa lebih lama.
Dengan penggunaan kad yang berterusan, jalur magnetik dan cip pada kad debit atau kredit akan menjadi kurang sensitif atau rosak.
Bayangkan kalau kad kredit atau debit tiada tarikh luput, selagi boleh ‘baca’, selagi itu la kita tak tukar kad ni.
BACA: Kes amang seksual, ibu mangsa dedah Pu Azman minta anak lumur minyak pada kemaluannya