Tak puas hati selalu kena kunci pagar gara-gara lambat ke sekolah, sekali lain pula jadi bila cikgu pula yang sampai lambat

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Tak puas hati selalu kena kunci pagar gara-gara lambat ke sekolah, sekali lain pula jadi bila cikgu pula yang sampai lambat

Antara perkara yang tak dapat dilupakan ketika zaman persekolahan adalah apabila dihalang masuk ke sekolah kerana lewat.

Biasanya, peristiwa begini dirasai oleh golongan pelajar.

Tak puas hati selalu kena kunci pagar gara-gara lambat ke sekolah, sekali lain pula jadi bila cikgu pula yang sampai lambat

Namun, lain pula kisah yang berlaku di sebuah sekolah di Indonesia apabila guru dan staf sekolah turut dikenakan denda sebegini.

Kisah itu dikongsikan menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan situasi beberapa guru dan staf telah dikunci di luar pagar hanya kerana mereka terlewat datang ke sekolah.

Menerusi video berdurasi 50 saat itu, guru-guru yang terlewat datang ke sekolah dihalang memasuki perkarangan sekolah supaya tak mengganggu perhimpunan pagi.

“Guru datang lewat dan pintu pagar sekolah ditutup oleh pelajar semasa acara menaikkan bendera,” tulisnya dalam video tersebut.

Difahamkan, kejadian berlaku pada Isnin lalu di Sekolah Vokasional Negeri 4 Bangli, Bali. Dapat dilihat beberapa pelajar yang dipercayai pengawas sekolah dilihat sedang bertugas mengawal di pintu pagar.

Katanya, kejadian itu menunjukkan bahawa tiada toleransi walaupun hanya terlewat satu minit sebelum sesi persekolahan bermula.

Malah, para guru dan staf sekolah itu juga direkodkan namanya untuk dijadikan laporan pihak sekolah.

@bohay91830 guru dan staf juga manusia,tempat kami salah tapi bukan sengaja..tidak semua yg bagus kami perlihatkan mengenai sekolah kami dan inilah salah satu pengamalan pancasila untuk membentuk karakter peserta didik yang kami terapkan disekolah,bahwa siapapun yang terlambat harus menghadapi konsekuensinya.maaf atas keterlambatan kehadiran kami,semoga kedisiplinan kedepannya bisa lebih ditingkatkan,sehingga bisa menjadi contoh dan panutan yang baik sebagai tenaga pendidik.#smk #guruterlambat #terlambatsekolah #keadilansosialbagiseluruhrakyatindonesia #pks #osis ♬ Tiara Andini Tega – Sadvibes🥀

“Guru dan kakitangan pun manusia juga, kami pun buat silap tapi bukan sengaja. Tidak semua yang bagus kami perlihatkan mengenai sekolah kami.

“Semoga disiplin pada masa hadapan dapat dipertingkatkan lagi supaya boleh menjadi contoh dan teladan yang baik sebagai warga pendidik,” tulisnya.

Video itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya bersetuju dengan peraturan yang dilaksanakan sekolah terbabit yang tidak menumpukan denda terhadap murid sahaja.

BACA: Dari seorang Cikgu jadi Permaisuri Agong, Ini kisah Tuanku Siti Bainun, ibu kepada Sultan Perak yang ramai tak tahu