Kecoh lelaki bawa kepala adik dalam beg guni ke balai polis, rupanya ada cerita lain disebalik kepala yang dipenggal
Di usia yang masih muda, ada remaja yang terfikirkan untuk berkahwin segera meskipun dilihat masih belum bersedia.
Ada yang akur berpisah apabila keluarga tidak merestui, ada juga yang tetap mengikut naluri hati.
Namun siapa sangka bagi gadis berusia 18 ini, kedegilannya berakhir dengan satu peristiwa hitam.
Cinta si anak perempuan dibantah abang & ayah
Asshifa dan Chand Babu yang tinggal di kampung sama telah terjatuh cinta dan serius untuk berkahwin.
Malang sekali, hubungan mereka mendapat bantahan keras daripada pihak keluarga. Oleh kerana masih berdegil, abang Asshifa iaitu Riyaz (22) bertindak menamatkan hayat adik perempuannya itu dengan penuh kemarahan.
Kelibat Riyaz sedang berjalan menuju ke balai polis sambil membawa karung dipenuhi lelehan kesan merah
Keluarga laporkan teman lelaki atas cubaan kahwin lari
Rupanya pada 29 Mei lalu, pihak keluarga pernah laporkan si teman lelaki kepada polis atas dakwaan cuba kahwin lari dengan Asshifa.
Setelah Chand Babu ditangkap, Aashifa telah dikembalikan semula ke pangkuan keluarga.
Namun pada 20 Julai, sekali lagi Aashifa berani menyatakan hasrat tetap mahu berkahwin dengan Chand Babu. Di sinilah abangnya mula ‘meletus’ dan bertindak di luar batasan akal.
Penduduk buat laporan polis selepas terlihat Riyaz bawa kepala dalam karung
Selepas melakukan jenayah pilu tersebut, Riyaz telah memasukkan kepala milik Aashifa ke dalam karung dan menuju ke balai polis.
Orang kampung Barabanki, Uttar Pradesh, India begitu terkejut dengan ketenangan Riyaz yang berjalan santai sebelum menyerah diri.
Tindakan pemuda itu lantas mencetuskan kemarahan masyarakat kerana pelaku dilihat terlampau mengawal kehidupan golongan perempuan dalam keluarga.