Asalnya tiket flight balik Bangladesh tiba-tiba destinasi berubah ke Sungai Buloh pula, rupanya ini yang jadi

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Asalnya tiket flight balik Bangladesh tiba-tiba destinasi berubah ke Sungai Buloh pula, rupanya ini yang jadi

Rasanya semua dah tahu tentang prosedur penerbangan untuk ke luar negara.

Semua penumpang yang ingin masuk atau keluar dalam sesebuah negara, perlu tunjuk hasil ujian saringan Covid-19 sebelum mendaftar masuk ke dalam ‘departure hall’.

Asalnya tiket flight balik Bangladesh tiba-tiba destinasi berubah ke Sungai Buloh pula, rupanya ini yang jadi

Tapi, tak sangkakan rupanya masih ada lagi individu-individu yang degil dan berkeras kepala.

Semalam, petugas di kaunter Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dilaporkan telah berjaya menahan dua orang warganegara Bangladesh yang disahkan positif Covid-19.

Kedua-dua warganegara Bangladesh itu dikatakan mahu melakukan mendaftar masuk untuk menaiki penerbangan Malindo Air untuk pulang ke negara asal mereka pada pukul 9 malam. Tapi, cubaan mereka gagal apabila petugas di kaunter mendapati slip ujian saringan Covid-19 kepada kedua-dua mereka positif Covid-19.

Anggota polis yang membuat rondaan ketika itu sudah menghubungi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut dan sepasukan petugas KKM yang lengkap memakai pakaian pelindung diri (PPE) tiba di lokasi beberapa minit kemudian.

Kedua-dua mereka yang berusia dalam lingkungan 20 tahun itu telah pun menyerahkan ujian slip saringan Covid-19 yang dilakukan di sebuah klinik swasta dan menurut Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman, kedua-dua warga Bangladesh itu sudah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan susulan.

Yang dekat luar sana tu, tolong la faham kenapa orang buat prosedur-prosedur tu dekat ‘airport’. Ini semua demi menjaga keselamatan dan nyawa semua juga, bukannya saja-saja dibuat.

Hidup tu kalau boleh, janganlah menyusahkan orang lain ‘bro

BACA: Tak puas hati selalu kena kunci pagar gara-gara lambat ke sekolah, sekali lain pula jadi bila cikgu pula yang sampai lambat