Patutlah burung suka sangat ketuk tingkap rumah? Ada sebab rupanya

Oleh ISMAIL YAHYA

Patutlah burung suka sangat ketuk tingkap rumah? Ada sebab rupanya

Umum mengetahui, burung adalah salah satu haiwan yang dapat terbang bebas di langit

Dan ada spesis burung tertentu terbang berhijrah dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain.

Patutlah burung suka sangat ketuk tingkap rumah? Ada sebab rupanya

Jika anda pernah menonton rancangan dokumentari berkenaan haiwan, migrasi burung terutamanya di luar negara bukanlah satu topik yang asing.

Setiap tahun, khususnya di Amerika Syarikat, spesis-spesis burung bermigrasi terutamanya ketika cuaca cerah.

Burung-burung migrasi seperti Robin Amerika (Turdus migratorius) dan burung cardinal (Cardinalis cardinalis) kerap ditemui di kawasan penempatan manusia.

Burung-burung ini biasanya akan singgah di rumah manusia untuk ‘menetap’ sementara waktu.

Burung-burung ini juga menggunakan kesempatan tersebut untuk mencari pasangan di kawasan berdekatan sarangnya dibina untuk mengawan.

Disebabkan itu, lokasi dan tahap keselamatan merupakan perkara yang penting buat burung-burung tersebut dalam tempoh ini. Malah, burung-burung ini juga mengawal ‘wilayahnya’ dengan ketat daripada ‘wajah-wajah’ yang tidak dikenali, termasuk ‘wajahnya’ sendiri.

Jadi, kenapa burung-burung ini serang cermin tingkap rumah?

Bagi manusia, pantulan wajah pada cermin adalah perkara biasa dan bukannya satu ancaman. Manakala cermin tingkap pula, jika dilihat dari dalam, cermin berkenaan bersifat lutcahaya dan tiada pantulan.

Tetapi tidak bagi burung-burung yang berada di luar. Cermin-cermin tingkap rumah akan memantul wajah burung-burung itu kembali.

Burung-burung itu melihat pantulan itu seperti imej burung lain dan menganggap ia sebagai satu ancaman. Disebabkan rasa terancam pantulan sendiri yang disangka pesaing, maka burung-burung itu mematuk cermin untuk melindungi wilayahnya.

Perkara ini juga berlaku pada spesies burung lain seperti ayam belanda dan spesies lain seperti ikan laga. Haiwan-haiwan ini juga dilihat gemar ‘bergaduh’ dengan bayang-bayangnya sendiri.

Menariknya, haiwan-haiwan ini tidak akan menyerang kereta yang kotor, kerana kotoran dapat menghalang imejnya daripada terpantul.

Selain itu, adakalanya burung juga terlanggar tingkap rumah secara tidak sengaja. Berbeza dengan burung yang melihat pantulannya pada cermin, insiden burung terlanggar cermin boleh berakhir dengan kematian pada burung itu.

Kenapa burung boleh terlanggar cermin tingkap? Pada hari yang cerah, cermin-cermin tingkap dapat memantulkan semula imej langit.

Mungkin kerana terkeliru, burung-burung itu tidak sedar dan terbang dengan laju ke arah tingkap hingga menyebabkan berlaku situasi tidak diingini.

Apa yang perlu dilakukan apabila burung terlanggar tingkap rumah anda?

Sekiranya burung terlanggar tingkap rumah, perkara pertama yang perlu dibuat adalah mencari dan memeriksa keadaan burung tersebut.

Jika tiada sebarang kecederaan dikesan pada bahagian sayap dan mata selain mampu bergerak tanpa sebarang masalah, burung itu boleh dibiarkan.

Tetapi, jika anda melihat kecederaan, perkara terbaik yang perlu dilakukan adalah membawa burung berkenaan ke tempat yang selamat.

Pindahkan burung berkenaan ke dalam bekas yang gelap seperti kotak kasut. Letakkan bekas tersebut di tempat yang selamat dan sunyi.

Selepas 15 minit, cuba buka kotak berkenaan di luar bangunan dan terdapat kebarangkalian burung itu akan terbang dengan sendirinya.

Jika burung tersebut tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk sembuh, bawa ke mana-mana pusat rehabitilasi haiwan liar.

Bagaimana hendak mengelak tingkap rumah saya daripada ‘diserang’ burung?

Namun, apa yang boleh dilakukan, jika ringkap rumah anda sering menjadi sasaran serangan burung? Pertama sekali, anda perlu memerhatikan keadaan tingkap anda dari luar bangunan ketika cuaca cerah, khususnya pada waktu tengah hari.

Seterusnya, anda boleh menghalang sebarang pantulan dengan meletakkan jaring ataupun kain. Anda juga boleh meletakkan filem pada tingkap untuk memberikan efek legap pada cermin tingkap.

BACA: Pakai tali leher umpama pakai salib – Pemimpin Taliban