Rupanya ini sebab kenapa doktor selalu pesan untuk habiskan ubat antibiotik
Antibiotik adalah ubat untuk membantu menghentikan jangkitan yang disebabkan oleh bakteria.
Ubat ini bekerja dengan cara membasmi bakteria atau mencegah bakteria merebak dengan berkembang biak di dalam tubuh.
Dengan pertimbangan manfaat antibiotik, dunia kesihatan mengglar ubat ini sebagai ubat antibakteri.
Berikut penjelasan lebih lanjut mengenai fungsi antibiotik dan penggunaannya.
Fungsi
Menurut kenyataan dari WebMD, sejarah ubat antibiotik mula ditemukan di beberapa buah negara pada tahun 1940.
Sebelum ilmuwan menemukan ubat ini, banyak orang meninggal dunia kerana penyakit jangkitan bakteria ringan seperti radang tenggorokan.
Sebahagian besar bakteria sebenarnya boleh hidup di dalam tubuh dan tidak membahayakan kesihatan. Bahkan ada beberapa jenis yang membantu tubuh.
Namun, sebahagian bakteria jahat dapat menjangkiti organ tubuh. Ubat antibiotik dapat membantu tubuh melawan jangkitan bakteria jenis tertentu dan boleh menyelamatkan nyawa apabila digunakan dengan betul.
Dipetik kenyataaan dari Medical News Today, sistem daya tahan tubuh kita secara ideal dirancang mampu melawan bakteria sebelum kuman ini berkembang biak dan menimbulkan gejala penyakit. Ada kalanya juga, jumlah bakteria berbahaya terlalu banyak sehingga sistem daya tahan tubuh terbeban. Dalam kondisi ini, tubuh memerlukan antibiotik.
Fungsi antibiotik selama ini terbukti membantu mengatasi penyakit atau gangguan kesihatan seperti.
Jangkitan kuman pada telinga dan sinus
Jangkitan pada gigi dan kulit
Meningitis atau radang selaput otak
Sakit tekak
Jangkitan pundi kencing dan buah pinggang
Pnemonia kerana jangkitan bakteria
Batuk kering
Manfaat antibiotik hanya digunakan untuk mengatasi jangkitan bakteria. Antibiotik tidak boleh mengubati jangkitan virus seperti flu, batuk selsema, jangkitan bronkitis, sakit perut dan lain-lain.
Sebelum menetapkan ubat antibiotik, doktor biasanya akan melakukan pemeriksaan untuk menentukan penyebab penyakit terkait bakteria.
Di beberapa kes, tenaga kesihatan profesional juga memberikan antibiotik untuk pencegahan jangkitan, salah satunya sebelum melakukan pembedahan.
Pemberian antibiotik untuk profilaksi ini biasanya disarankan sebelum operasi usus dan ortopedik.
Penggunaan
Ubat antibiotik berkesan melawan bakteria apabila digunakan dengan cara yang tepat.
Doktor menyarankan cara penggunaan antibiotik dengan mengambil ubat ini dengan dos yang betul sampai habis. Alasan mengapa antibiotik harus dihabiskan terkait dengan keberkesanan ubat.
Apabila pengambilan antibiotik berhenti di tengah jalan, jangkitan mungkin boleh berlaku.
Selain itu, menghentikan pengambilan antibiotik sebelum sesi pengubatan boleh meningkatkan risiko bakteria kebal terhadap pengubatan di masa mendatang.
Akibatnya, bakteria boleh terus hidup dan berkembang biak di dalam tubuh dengan membawa kekebalan dari ubat antibiotik. Kondisi ini dikenali dengan resistensi antibiotik.
Untuk itu, pastikan anda menghabiskan seluruh ubat antibiotik yang disarankan doktor, bahkan setelah gejala penyakit mereda.
Agar ianya berkesan, penggunaan antibiotik juga perlu mengikuti arahan cara minum ubat. Beberapa jenis antibiotik perlu diminum dalam keadaan perut belum terisi makanan tapi ada juga jenis obat yang diambil setelah selang beberapa jam anda makan.
Doktor biasanya juga akan menyarankan untuk berpantang minum atau makan untuk antibiotik tertentu.
Ubat antibiotik terkadang mencetus kesan sampingan dan alergik bagi sebahagian orang. Segera memaklumkan pada doktor dan ahli farmasi apabila mengalami keadaan ini.
Penghidap penyakit liver, ginjal, ibu hamil, dan ibu yang sedang menyusukan bayi juga perlu berhati-hati dalam pengambilan ubat antibiotik.
Dapatkan nasihat doktor berkaitan pemilihan jenis ubat ini adalah yang paling selamat.