Rupanya ini fungsi penyangkut yang ada pada penutup minyak kereta
Sebagai pemandu, tidak semua perkara kita ketahui berkaitan dengan fungsi dan cara penggunaan untuk setiap komponen yang terdapat di kereta.
Ada beberapa perkara yang kita terlepas pandang mengenai fungsi komponen kereta itu dan hanya mengambil tahu berkaitan perihal yang biasa digunakan.
Tahukah anda, tangki penutup minyak mempunyai trik yang boleh dipraktikkan terutamanya buat pengguna kereta?
Trik tersebut telah dikongsi oleh @pakwee888 di TikTok, di mana dia mengajar orang ramai berkaitan lima trik penutup minyak yang boleh digunakan untuk memudahkan urusan harian.
1. Ketahui minyak kereta yang sesuai
Walaupun pada asasnya ramai yang membuat keputusan sendiri dalam menetapkan jenis bahan bakar petrol yang perlu dipakai, namun kereta juga mempunyai cadangan berkaitan kelas minyak yang sesuai digunakan.
Untuk mengetahui perkara tersebut, pengguna perlu membuka penutup tangki minyak kerana kesesuaian minyak telah dinyatakan di tempat tersebut.
Pengguna perlu membuka penutup tersebut, dan dapat melihat cadangan minyak yang sesuai digunakan.
Sekiranya ia mencadangkan untuk menggunakan RON91 minimum, maka minyak perlulah diisi dengan bahan minyak petrol RON91 ke atas.
BACA: Kekal Berkilat, Ini 3 Tips Jaga Cat Kereta
2. Maksud lubang di dalam tangki minyak
Trik yang kedua pula, untuk mengetahui fungsi sebenar lubang yang berada di tangki minyak.
.
@pakwee_oe #tipskereta #pengetahuan #knowlage #covertangkiminyakkereta #dtinzautodetailing #cardetailingmalaysia #cardetailingperak #tipskeretarosak #oe杰青商学院 #ipoh #batugajah #batugajahperak #knowladgesharing #kereta ♬ original sound – PakWee@DTinz_BatuGajah
Kewujudan lubang di situ adalah untuk membuang air lebihan yang bertakung di kawasan tersebut.
Lubang itu perlulah sentiasa dijaga dengan memastikan tiada kotoran yang tersumbat di dalam kerana ia berfungsi untuk membuang lebihan air di tempat itu.
Sekiranya lubang itu tersumbat dan air masuk dalam tangki minyak, pengguna perlu membawanya ke bengkel.
3. Cara tukar penutup tangki minyak
Sekiranya berlaku satu kejadian di mana penutup tangki minyak tidak boleh dibuka, apa yang perlu dilakukan hanyalah menukar klip penyambung.
Klip besi itu boleh didapati di kedai alat jualan ganti dan tidak perlu di bawa ke bengkel kerana ia lebih murah dengan menukarnya secara sendiri.
4. Ketahui kedudukan tangki minyak
Apabila memandu, secara tiba-tiba pemandu tidak akan mengingati kedudukan tangki minyak kereta dan hanya meletakkan kenderaan secara rawak di stesen minyak.
Jika terlupa dengan kedudukan tangki minyak, pemandu hanya perlu melihat kepada meter yang terpapar pada dashboard kereta.
Di bahagian logo minyak tersebut mempunyai tanda yang menunjukkan kedudukan tangki minyak kereta.
5. Besi sangkut penutup minyak
Trik yang terakhir adalah berkaitan dengan fungsi besi yang ada di bahagian penutup tangki minyak.
Ia adalah bertujuan untuk menyangkut penutup minyak kereta ketika mengisi petrol di stesen minyak.
Hal ini adalah bagi mengelakkan penutup tersebut mencalarkan kenderaan dan merosakkan cat tanpa sedar.
BACA: Servis buat kubur untuk kucing lengkap dengan pakej kafan kucing undang reaksi netizen