Netizen korek tweet lama Ubai, rupanya dulu Ubai panggil isteri sebagai ‘Kak Sha’

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Netizen korek tweet lama Ubai, rupanya dulu Ubai panggil isteri sebagai ‘Kak Sha’

Persoalan mengenai hubungan Shila Amzah dan Ubai telahpun terjawab

apabila mereka telahpun disatukan pada hujung minggu lepas, ia membuatkan ramai peminat mereka rasa gembira apabila melihat mereka.

Netizen korek tweet lama Ubai, rupanya dulu Ubai panggil isteri sebagai 'Kak Sha'

Siapa sangka, daripada seorang peminat kini telah menjadi isterinya, perkara ini telah didedahkan oleh Ubai sendiri dengan mengatakan bahawa dia meminati Shila Amzah sejak di bangku sekolah lagi.

Disebabkan itu, ada netizen ‘geledah’ akaun Twitter milik Ubai menunjukkan yang dia berhubung dengan Shila Amzah sejak tahun 2011 sebagai seorang peminat pada waktu itu. Comel je, dulu panggil Kak Sha.

“Kalau dah nama jodoh”

@foodiekoko #Shila #ubai #ubaimz #shila #amzah #shilalas #fans #shibai #allaboutUs ♬ original sound – Ubai Mz

Dalam video tersebut, semua tweet milik Ubai ada berhubung dengan Shila Amzah dan memanggilnya ‘Kak Sha’ sebagai tanda hormat. Ia membuatkan ramai netizen ‘cair’ kerana tidak menyangka bahawa daripada crush terhadap idola terus menjadi isterinya.

Screenshot 2023 08 09 183408 Screenshot 2023 08 09 183438

Ok lepasni kena rajin contact Beyonce, mana lah tau ada jodoh jadi fiance. Tiberr

Baca : Tak sangka betul, duit RM 1 lama ini bernilai RM10000 pada tahun 2014, agak-agak sekarang berapa nilainya?