“Aku kantoi terlanjur dengan lelaki bujang , sekali kantoi dengan suami, dalam aku cuba berubah, malangnya aku..”

Oleh ISMAIL YAHYA

Aku kantoi terlanjur dengan lelaki bujang , sekali kantoi dengan suami, dalam aku cuba berubah, malangnya aku..”

Kisah aku ni nak dikatakan berat ke tidak, tak tahu lah.

Cuma aku tak tahu pada siapa aku boleh mengadu dan bercerita.

“Aku kantoi terlanjur dengan lelaki bujang , sekali kantoi dengan suami, dalam aku cuba berubah, malangnya aku..”

Ia tentang aib sendiri tapi hati macam nak pecah untuk bercerita.

“Aku kantoi terlanjur dengan lelaki bujang , sekali kantoi dengan suami, dalam aku cuba berubah, malangnya aku..”

Kisah berlaku 3 bulan lalu bilamana kisah aku cvrang (aku isteri) dengan lelaki lain kantoi dengan suami sendiri.

Kecvrangan aku bukan sekadar bermadah mesra, tapi sehingga aku terlanjur.

Aku tahu semua itu memang salah aku, aku tak mampu sorok dari pengetahuan suami sehingga aku mengaku telah terlanjur dengan lelaki bujang tersebut.

Kami tidak bercinta, tetapi lebih kepada ‘test market’.

Aku hampir 40 tetapi mungkin seorang yang petite dan berperwatakan lebih muda menyebabkan lelaki tersebut cuba2 untuk ‘test market’.

Ya, dia bujang dan early 30. Aku tahu dia ada girlfriend, tapi pada aku, tak kisah lah. Aku bukan nak serious pun dengan dia.

Dia selalu kacau2 aku di tempat kerja sehingga kami berani berjumpa di luar. Walaupun aku selalu ingatkan dia yang aku dah tua, dia kerap cakap aku tak seperti itu pun. Ya, itu semua ayat syaiitan yang menghasut. Aku hanyut dengan pujian.

Di rumah, aku miliki 3 orang anak, seorang suami yang setia walaupun sedikit baran. Tidak romantik, selalu meninggikan suara, sukar di bawa berbincang. Kami telah kenal lama sebelum berkahwin dan perkahwinan kami cecah 10 tahun.

Okay berbalik pada kisah aku kantoi, mula aku cuba menidakkannya tapi setelah didesak aku mengaku dan merayu untuk tidak memperbesarkan hal ini. Maksudnya, aku taknak dia belasah lelaki tersebut kerana bukan salah dia seorang (salah aku jugak) dan taknak aib aku tersebar dan menyebabkan emosi aku dan anak2 terganggu.

Di saat itu, hari2 aku menangis, merayu, memohon ampun dari suami dan juga solat taubat. Suami turut nangis berhari2, emosi terganggu tambah2 dia ada event penting ketika itu, berat badan nya susut teruk, aku pun terpalit sama. Emosi terganggu teruk, mata bengkak berhari2. Aku betul2 insaf dengan perkara ini.

Nak di jadikan cerita, ketika dan saat itu, aku dapat tahu diriku mengandung. Aku yakin ia adalah anak suami ku walaupun mula2 suami ragu. Tapi aku yakin sebab aku memang tak benarkan lelaki itu ‘buang dalam’.

Lelaki berkenaan juga sedar atas kesilapannya mengganggu isteri orang dan takut dengan ugutan suami. Saat itu kami betul2 putus hubungan walapun 1 tempat kerja. Dia block aku, aku block dia. Simple. Tapi suami tetap tak nak lepaskan dia pada mulanya.

Kami berdua tidak berhubung langsung selepas itu, tapi aku tidak dapat lari dengan berurusan di tempat kerja cuma tidak kerap kerana tempat kami berlainan laluan. Jadi kami berhubung atas hal kerja sahaja.

Suami dalam masa, lama kelamaan sanggup memaafkan aku, dengan syarat aku berubah dan tidak mengungkit kisah tersebut lagi. Dia tak sanggup menceraikan aku demi kasih sayang dan anak2. Dari hari ke hari berdoa tentang kebaikan suami dan doakan hubungan kami terus erat dan dirahmat1 Allah.

Tetapi malangnya, dalam aku cuba berubah, bila ada dan ketikanya jika kami bergaduh berkenaan hal lain, mesti suami akan menyelit tentang kisah tersebut. Kadang2 aku rasa hilang pedoman sebab seolah dituduh masih berhubung dengan lelaki tersebut. Demi Allah, aku dah bertaubat dan tak pernah lagi ulangi hal itu.

Suami seakan2 mereka2 cerita tentang kami yang mana mengatakan ada dengar kami berjumpa lah, berhubunglah, dan ugut ingin bawa aku jumpa dengan lelaki tersebut. Aku bingung. Aku memang tidak buat lagi dan berjanji dengan diri sendiri untuk berubah. Aku tak tau kenapa dia masih curiga dengan aku. Sedangkan boleh dikatakan di ofis pun aku jarang bercakap, berhubung dengan lelaki tersebut.

Suami pun dah kerap hantar dan jemput aku ke tempat kerja. Aku tak sedikit suruk handphone atau password, jadi mudah untuk suami check senyap2 sekali pun. Aku dah tak takot. Tetapi suami masih rahsiakan password sendiri. Dengan alasan ada urusan dengan informer ( lelaki scandal aku ). Wallahualam, aku cuba berfikiran positif, malas nak panjang2 cerita.

Aku jadi tertekan, tambah aku tengah berbadan dua. Emosi terlalu sensitif. Suami masih lagi dengan sikap baran. Kadang cakap hal simple pun boleh tinggi suara. Puas aku pujuk hati, merajuk pun tak guna sebab tahu takkan di pujuk. Aku mengadu pada Allah sahaja, mohonkan kesabaran yang tinggi dan lapangkan dada untuk menerima ujian ini.

Aku bangun tengah malam menangis meratap dengan Allah je kekuatan aku sekarang. Bila asal bergaduh aku mula takot, takot akan dipersalahkan. Tak pernah lagi bergaduh suami yang salah, kebanyakan salah nya datang dari aku. Aku la yang derhaka, aku la nusyuz, aku la isteri berd0sa.

Tapi bila dalam keadaan macamni, nanti suami mula la buat tuduhan tentang ‘lelaki’ yang dulu. Janji tak nak ungkit, tapi mesti terungkit jugak bila bergaduh hal lain. Kadang2 aku confuse, kenapa masih tak lepaskan aku kalau rasa tak percaya kan aku lagi, dalam masa yang sama seksa perasaan aku macamni?

Suami memang dari dulu macam ni. Jika dia yang buat salah, kita jugak yang akan nampak bersalah. Kita jugak akan dituduh nusyuz atau derhaka. Jadi di mana hak kita sebagai seorang isteri jika tak boleh bersuara dan hati tidak dipelihara. Kalau dulu mungkin kita banyak memendam. Ingatkan bila hikmah issue kantoi cvrang ni boleh merubah kami berdua, tapi suami tetap begitu.

Aku cuba berdoa agak dia berubah, sentiasa berlembut hati.. tapi kadang aku kalah. Aku rasa ingin berpisah jika terus begini. Rela hidup sendirian sebab daripada terus dilabel isteri derhaka.. Sebab apa sahaja yang aku buat, tidak nampak baiknya di mata dia. Mula la kata dia kejut aku, aku tak sedar lah, aku tak nak layan dia lah.

Wallahualam. Demi Allah, kalau aku sedar, aku akan bangun. Tapi kalau tak bangun or paling tu, aku berani cakap, memang aku tak sedar. Tapi dia takkan percaya semua tu.

Aku tak minta banyak, aku tau aku bukan isteri yang baik, berusaha untuk jadi baik. Tapi tak boleh kah aku mendapat hak aku sebagai seorang isteri? Bantu lah aku… Perlukah aku berpisah sahaja untuk kebahagiaan diri ku? Bukan sebab lelaki lain, tapi demi untuk tidak terus dilabel derhaka dan ingin hidup bahagia..

Perkongsian Zarine mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Asma Aini –Jangan nak nampakkan salah suami je kak. Setakat tak dipujuk, panjang karangan akak. Sakit hati dia lagi teruk. Bukan benda yang ringan kak.

Semoga taubat akk dan kita semua diterima.

Fahrin Ahmad –Meh nak bgtau fakta. Sebagai lelaki, aku nampak ending dia kemana wpun suami kau cakap blh terima kau. Malas nak bgtau, faham sendirilah ending dia. Lambat atau cepat.

Ti Ni –Masih bertuah kau sbnrnye. Aku janda 14thn jaga anak sorg2. Tanggapan org kt janda teruk padahal takde skandel ke apa. Laki kau marah kt kau logik la sbb kau buat salah. Minta ampun byk2. Dia jaga aib kau jugak tu.

Encik Fazil –Kes berat… nauzubillahiminzalik,sampai berz1na. Bukan janda,bukan ank dara tpi msih status isteri org. Dan suami msih menerima, elok jumpe kaunseling dan tukar tempat kerja supaya suami tidak mngukit kisah silam.

Cari punca dia.tu je blh bgi pendapat.harap confessor bertaubat dan mginsafi ketelanjuran tersebut,sbb kalau aku pun amat ssh nk menerima,nk kembali baik macam dlu mgkin takde peluang,tpi gagahkan juga demi anak2. Lgi2 mslah ni bru dan mngandung pulak,memang jdi pertikaian,benih siapa??

Berat memandang berat lgi bahu memikul. Memang akan jdi ungkitan. Lgi2 msih kerja tmpt sama,macam mna ye perasaan bila berjumpe org yang pernah terlanjur tu?? Nothing? Malu atau biasa? Ya Allah jauhilah aku dri z1na dan pasangan ku,serta zuriat2ku nnti.

Dibby Sahri –Mcm ni la sis…kalo ikutkan islam..sis dah kn rejam smpai mat1…apalah sgt perasaan seorang suami nak kutip bnda yang digunakan org lain dgn sis nk kecik hati dgn dia? Minta ampun dan diampunkan ni lain sis

P/s.. hal cerai pon nmpk sis kejar kebahagian diri sis je…taknmpk ke suami tu punya sedih/betrayed by own wife…kalau sis sebut cerai utk dia rs bahagia tu taknmpk la macam pentingkan diri sangat.

Fydd Arsat –Kak… sori aku ckp kasar sikit. Ko sakit setakat tak kena pujuk.. laki ko sakit sbb dapat bini gatal nak test market bagai. Yang ko buat tu bukan benda kecik22. Ko punya cvrang ni bukan level biasa222. Byk isteri2 kat luar tu suami tak reti memujuk pun, panas baran, tp dorg nak berjalan lalu lalang depan org lelaki pun dorg segan.

Anak2 ko kalau tau perangai mak diaorg macam gini pun, segan diaorg nak pandang muka ko kak… klu naik mahkamah, hak jagaan pun ko tak dapat kak… cuba bwk2 bersyukur. Ko tak hilang anak.. ko tak hilang suami… laki ko izinkan lagi ko teruskan hidup macam biasa… dah terbukti ko berkelakuan tak senonoh dibelakang, adakah ko berharap dilayan macam permaisuri lg.

Banduan yang mencuri tu pun ada tempoh hukuman, takkan ko ingat ko nangis seminggu dua, semuanya boleh kembali biasa dan suami ko berubah jadi suami romantik. Aduhaiii kak.

Sami dh bg peluang tu dh cukup elok kak, apa yang ko mengharap bulan dan bintang, sedangkan dalam waktu yang sama ko hancurkan kisah bahagia suami kau. Sekali sekala letakkan diri kat tempat suami kau kak…

BACA: Uncle cina ini pesan jangan lupa letak duit syiling dalam peti ais, pesanannya buat ramai tertanya sebabnya