Kalau isi 20 liter minyak, betul ke dapat 20 liter minyak dengan tepat?

Oleh NADIA HARON

Kalau isi 20 liter minyak, betul ke dapat 20 liter minyak dengan tepat?

Setiap pengguna yang memiliki kenderaan pasti akan meletakkan keutamaan dalam penjagaan kenderaan masing-masing

kerana kenderaan yang dibeli adalah bertujuan untuk kegunaan jangka panjang.

Kalau isi 20 liter minyak, betul ke dapat 20 liter minyak dengan tepat?

Maka tak hairanlah, sesetengah pemandu agak cerewet berkenaan kenderaan masing-masing, termasuklah ketika mengisi minyak. Ada yang hanya mahu singgah di stesen minyak jenama tertentu sahaja dan lebih gemar mengisi minyak hijau berbanding kuning.

Walau bagaimanapun, ada satu persoalan mengenai minyak petrol ini pasti akan bermain di minda seseorang setiap kali mereka mahu mengisi minyak.

Pasti ada di antara kita yang sering tertanya adakah kita akan memperoleh jumlah kuantiti minyak petrol sama banyak seperti yang diisi?

Misalnya, ke kaunter bayar nak isi RM 30 atau 20 liter, adakah amaun minyak yang masuk ke dalam tangki benar-benar RM 30 atau 20 liter?

Justeru itu, untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, mari baca perkongsian yang dibawakan oleh seorang Jurutera Simulasi Pakar Aliran Bendalir dan Pemindahan Haba, Dr Aid Fawzal di bawah ini.

Soalan: Kalau isi 20L petrol, betul ke dapat 20L?

Jawapan: Ya & tidak!

Kita akan dapat 20L +- (plus-minus) beberapa millilitre.

Perkara pertama, setiap pam pada stesen minyak perlu melalui kalibrasi mengikut sela-masa yang telah ditetapkan.

Kalibrasi ni satu semakan atau penentusahan kuantiti yang pam tu keluarkan. Paparan pam kata 1L, maka pam kene keluarkan 1L.

Ni contoh sticker pada pam yang menunjukkan telah dikalibrasi & tempoh sah.

Saya ambil gambar ni sewaktu saya di Malaysia Ogos lalu.

Walaupun telah dikalibrasi, hasil pam tetap boleh lari sikit dalam beberap milliliter (mL). Ini disebabkan proses kalibrasi pam ni dijalankan secara “in-situ” (in situation) dan bukan dalam makmal.

Bila buat luar makmal ni, ada perkara-perkara alam yang tak dapat dikawal sewaktu proses kalibrasi itu dijalankan. Antaranya suhu & tekanan sewaktu proses kalibrasi itu boleh jadi berbeza dengan keadaan kita pam hari ini.

Pun macam tu, hasil dapatan sepatutnya tidak lah jauh sangat.

Sekali lagi. Ni kita cerita pada stesen minyak yang dikawal selia dengan baik. Pam-pam diselenggara dengan baik. Pam-pam yang sentiasa dikalibrasi.

Terakhir, nilai minyak yang tertinggal dalam hose tu sikit je tau.

Korang boleh cuba isi minyak dalam tong. Bila pam dah tendang, cuba angkat hose tengok berapa banyak baki yang masuk.

Saya zaman sengkek dulu pon angkat hose. Bila dah tak sikit je sangat, dah tak buat dah.

Begitulah jawapan kepada pertanyaan yang bermain dalam minda segelintir pemandu di Malaysia. Apa pun, semoga ia dapat menjawab persoalan anda semua.

BACA:Patutlah bil elektrik melambung bila guna aircond, rupanya ini rahsia disebalik suhu aircond 16 darjah celsius