Nasib baik Malaysia tak dinamakan ikut nama penjajah, ini 4 nama negara punca dari kesilapan
Nama sesebuah negara merupakan satu elemen penting yang menjadi identiti kelompok kepada sesebuah masyarakat.
Walaupun demikian bukan semua negara dunia ketika ini bernasib baik mempunyai sejarah penamaan yang benar-benar berlaku secara tersusun,
sebaliknya mempunyai asal-usul penamaan yang terjadi akibat kesilapan atau salah sangka.
Berikut adalah lima nama negara dunia, yang terbentuk akibat kesilapan tetapi kekal diamalkan sehingga ke hari ini.
1. Filipina
Kita semua sudah tahu nama ‘Filipina’ dibentuk daripada penjelajah Sepanyol, Ruy Lope de Villalobos menamakan beberapa buah pulau yang beliau ‘temui’; sebagai penghormatan kepada Putera Philip, ketika itu bakal pewaris takhta kerajaan Sepanyol abad ke 16.
Bagaimanapun Villalobos memberikan nama kawasan itu sebagai Las Islas Felipinas atau ‘Kepulauan Philip’. Semasa era penjajahan Amerika di sana, kuasa kolonial itu menamakan kawasan itu sebagai Philippine Islands mengikut nama sebenarnya.
Tidak diketahui kenapa pejuang kemerdekaan tempatan memilih untuk mengekalkan nama ‘Philip’ sebagai nama negara republik baru mereka, membuang nama berunsur kepulauan yang diperkenalkan lebih awal serta lebih tepat dengan bentuk geografi mereka.
Tindakan ini menyebabkan Amerika Syarikat mula merujuk kawasan itu sebagai Republica Filipina sebagai nama rasmi, kekal digunakan walaupun era Sepanyol serta pengaruh penjajahan negara itu sebagai kuasa dunia sudah berakhir.
2. Hungary
Sejarah merekodkan nama Hungary sebagai antara kekeliruan paling aneh berlaku berkaitan nama negara.
Ini kerana sejak tertubuhnya masyarakat mereka yang bermajoriti individu bergelar Magyar, mereka memang mahu menamakan tanah air mereka sebagai Magyarorszag mewakili nama kaum mereka, sekitar abad ke 9.
Di kawasan sama terlebih awal kira-kira dua abad sebelum kehadiran orang Magyar, pernah wujud sebuah kaum lain bernama Huns yang direkodkan lenyap sebelum kehadiran orang Magyar ke kawasan sama.
Tanpa ada hubungan di antara kedua-dua buah masyarakat yang berbeza asal-usulnya, masyarakat Eropah merekodkan orang Magyar sebagai orang ‘Hungaria’ dalam catatan mereka.
Sehingga ke hari ini, masyarakat tempatan cekal merujuk negara mereka sebagai Magyarorszag, sementara dunia luar termasuklah kita menggelarkan mereka Hungary walaupun mereka bukan orang Huns.
3. Kanada
Nama “Kanada” bermula dari perkataan dalam bahasa orang asal etnik Iroquois St. Lawrence “kanata,” yang membawa bermaksud “kampung” atau “penempatan.”
Kehadiran peneroka Perancis, Jacques Cartier pada abad ke-16 bertemu dengan penduduk asli, menyebabkan Cartier merujuk lokasi penempatan itu sebagai “kanata” mengikut cakap-cakap orang tempatan.
Ini kerana Cartier sebenarnya tersilap menganggap “Kanata” adalah nama kawasan itu walhal orang asal hanya merujuk kawasan kecil kediaman mereka sahaja.
Seiring masa, nama “Kanata” semakin popular dan ditulis sebagai ‘Kanada’ digunakan untuk merujuk kepada wilayah yang luas, dan akhirnya ia menjadi nama rasmi negara itu apabila merdeka daripada Britain pada tahun 1867.
4. Brazil
Nama “Brazil” berasal dari perkataan Portugis “pau-brasil,” merujuk warna merah yang diperoleh daripada pokok brazilwood di kawasan itu.
Apabila peneroka Portugis tiba di kawasan tersebut awal abad ke-16, getah berwarna merah ini menjadi antara bahan yang diminati di Eropah digunakan dalam tekstil dan pewarna, menjadikannya berharga.
Pada ketika itu kawasan itu dikenali sebagai “Ilha de Vera Cruz” (Pulau Salib) dinamakan peneroka Portugis, Pedro Álvares Cabral ketika tahun 1500.
Namun nama “Brazil” menjadi popular, kerana digunakan dalam perdagangan yang menguntungkan dan lokasi itu mula terkenal kerana menjadi sumber utama pewarna ‘brazilwood’ itu,
Istilah ‘Brazil’ akhirnya sinonim sebagai label masyarakat mereka, terpilih menjadi nama rasmi negara tersebut. Begitulah asal-usul nama Brazil..berasal dari getah pokok.
Jika diaplikasikan di Malaysia, seolah-olah nama negara kita adalah ‘Sawit’ atau ‘Getah’, kerana dua bahan itu menjadi eksport utama masyarakat kita.
BACA: Warga emas kira duit tepi jalan sebelum beli superbike, duit bawa dengan guni je!