Rupanya bukan biasa-biasa orang yang ada gelaran ‘Nik’, ini kisahnya

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Rupanya bukan biasa-biasa orang yang ada gelaran ‘Nik’, ini kisahnya

Umum tahu mengenai gelaran Syed, Sharifah yang berdasarkan keturunan — namun ramai tidak tahu mengenai gelaran Nik.

Gelaran Nik sering digunakan dalam kalangan rakyat di Kelantan, Terengganu dan Pattani Darus Salam.

Rupanya bukan biasa-biasa orang yang ada gelaran 'Nik', ini kisahnya

Menurut artikel blogger Nick Nashram — Nik merupakan awal nama keluarga yang terkenal di sebelah pantai timur dan terdapat pelbagai teori tentang asal usul nama ini.

1) Berdasarkan info yang diperolehi daripada Majlis Agama Islam Kelantan — keturunan Nik ada dua jenis iaitu :

– yang diberi gelaran atau pangkat oleh raja-raja zaman dulu kala

– dikira keturunan bangsawan atau pembesar

2) Keduanya, keturunan Nik asli — maknanya nama yang bermula dengan Nik ini berasal atau berpunca dari keturunan Syed Husin, cucu Rasulullah.

Tapi hati-hati, keturunan Syed juga terbahagi kepada dua iaitu yang berasal dari nasab Rasullulah SAW atau yang sudah tidak asli seperti kaum India yang lahir pada hari Jumaat.

Biasanya hanya mereka dan keluarga mereka yang asal (yang masih menjaga nasab) mengetahui keaslian keturunan mereka.

BACA: Untung siapa yang lahir bulan Ogos, KLCC nak bagi tiket percuma naik menara berkembar Petronas