Hakim mahkamah sivil tolak permohonan wanita mualaf keluar islam undang pujian netizen

Oleh ISMAIL YAHYA

Hakim mahkamah sivil tolak permohonan wanita mualaf keluar islam undang pujian netizen

TERIMA KASIH Yang Arif Quay Chew Soon Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

Yang telah MENOLAK PERMOHONAN seorang wanita mualaf untuk meninggalkan Islam dan kembali kepada agama asalnya iaitu agama Kristian pada Jumaat 4 Ogos 2023 semalam.

Hakim mahkamah sivil tolak permohonan wanita mualaf keluar islam undang pujian netizen

Kes ini melibatkan seorang wanita yang dilahirkan sebagai Kristian dan telah memeluk Islam pada 30 Mac 1995 di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

Dia kemudiannya telah berkahwin dan telah menggunakan nama Islam tetapi mendakwa tidak mengamalkan kepercayaan agama Islam sepanjang berkahwin selama 18 tahun dengan lelaki MUSLIM sebelum akhirnya bercerai hidup pada 16 Januari 2013 yang LALU. Hasil perkahwinan MEREKA TELAH dikurniakan tiga orang anak yang dibesarkan sebagai orang lslam.

PADA 22 Mac 2016 wanita berkenaan telah memfailkan kes beliau di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor untuk memohon pengesahan status agama@keluar lslam. Pada 21 Oktober 2014, wanita itu telah mengikrarkan akuan bersumpah bahawa dia sepanjang masa tidak mengamalkan ajaran lslam, mengamalkan ajaran Kristian dan berhajat untuk kembali menganut agama kristian.

Permohonan tersebut telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pada 23 Julai 2020 lalu selepas beliau diperintahkan melalui 12 sesi kaunseling Syariah selama setahun dan memberi keterangan di mahkamah mengenai kepercayaan dan amalan agamanya selain turut memanggil pegawai MAIS dan seorang bishop untuk memberi keterangan di Mahkamah.

Seterusnya pada beliau telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah Selangor dan pada 18 Januari yang lalu Mahkamah Rayuan Syariah mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dan kekal menolak permohonannya untuk keluar lslam.

Seterusnya beliau telah cuba untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman keputusan tersebut ke Mahkamah Tinggi Sivil Pulau Pinang pada 17 April yang lalu. Selepas mendengar penghujahan pihak-pihak, Yang Arif Hakim Quey Chew Soon menolak kebenaran semakan kehakiman pada 26 Jun lalu.

Dalam keputusannya, YA Hakim Quay Chew Soon telah memutuskan bahawa Mahkamah Sivil TIDAK mempunyai bidangkuasa untuk mendengar perkara tersebut kerana Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan TELAHPUN MEMBERIKAN bidang kuasa eksklusif kepada Mahkamah Syariah untuk mendengar perkara BERKAITAN ORANG ISLAM DAN SEBARANG PERMOHONAN KELUAR AGAMA @STATUS PENGESAHAN AGAMA orang lslam itu sendiri..

Mungkin imej 1 orang

Mahkamah berpuas hati bahawa isu yang dibangkitkan dalam semakan kehakiman, tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah syariah. Mahkamah berpuas hati Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan tidak MEMBENARKAN mahkamah sivil CAMPUR TANGAN dalam keputusan mahkamah syariah ketika MAHKAMAH SYARIAH telah melaksanakan bidang kuasa eksklusifnya..

Wanita tersebut sebagai PEMOHON telah menamakan tujuh pihak selaku responden iaitu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Mahkamah Rayuan Syariah Selangor, Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Pendaftaran Negara dan Kerajaan Malaysia.

APA YANG MENARIK dan PERLU DIHORMATII, Dalam Penghakiman bertarikh 17 JULAI 2023 yang lalu, YA Hakim Chew Soon menyatakan bahawa ” mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa mendengar pertikaian berkaitan penukaran agama kerana isunya menyentuh prinsip kepercayaan dan akidah Islam.”

Pada hemat Hakim, isu penentuan berkaitan kepercayaan dan akidah lebih sesuai dibuat oleh pihak yang benar-benar berpengetahuan dan memahami prinsip agama secara mendalam.

 

BACA: “Balik je, hadap apa jua siasatan, jangan bagi alasan, saya tak nak dengar”, pesan Azam Baki kepada menantu Muhyiddin