“Ini kau bagi kat aku, sebab aku dah tua kan, dah tak lawa, pergi mampus! Dulu suami amat sayangkan aku, tanpa sedar suami melukakan hati aku”

Oleh GEMILANGDAILY

“Ini kau bagi kat aku, sebab aku dah tua kan, dah tak lawa, pergi mampus! Dulu suami amat sayangkan aku, tanpa sedar suami melukakan hati aku”

Apa orang laki jer tahu penat, orang perempuan hari-hari tak reti penat.

Aku sebagai isteri bertahan sakit penat selama 20 tahun untuk menyenangkan kau dan keluarga kau.

"Ini kau bagi kat aku, sebab aku dah tua kan, dah tak lawa, pergi mampus! Dulu suami amat sayangkan aku, tanpa sedar suami melukakan hati aku"

Ini kau bagi kat aku, sebab aku dah tua kan, dah tak lawa kan. Aku cabar suami pergi pejabat agama.

Assalamualaikum Puan TT, saya terpanggil untuk datang memberi semangat kepada TT. Sesungguhnya puan tidak berseorangan dalam masalah ini dan bukan salah puan. Jangan salah kan diri puan.

Ramai wanita di luar sana terperangkap dalam rasa serba salah, anxiety, depression angkara sikap suami sendiri. Saya Nur, berumur pertengahan 40 an, anak 6, post graduate, tinggal di KL. Saya harap perkongsian saya akan dapat sekurangnya membuka mata wanita wanita yang senasib.

Menyusuri pengalaman hidup dari muda sebagai anak dara yang cantik, diminati ramai, bijak dan anak kesayangan keluarga. Saya memilih pasangan hidup seorang lelaki yang saya anggap boleh membimbing agama dan menjaga saya.

Tetapi tidak pandai membuat kerja rumah kerana dibesarkan dari seorang ibu yang acah-acah perempuan Melayu terakhir. Dianiaya dekat bapak sendiri, tidak berkerja dan menghabiskan duit isteri sahaja. Suami saya kaki masjid, jaga tutur kata dengan orang, suka tolong orang tapi peliknya saya ni jarang dia nak membantu.

Saya bertahan bertahun mudahkan hidup dia dengan menguruskan anak dan hal-hal rumah. Saya berhenti kerja sektor professional demi menguruskan anak-anak. Sebagai orang yang pernah berkerja dan pegang duit sendiri, saya tak boleh duduk tanpa melakukan apa-apa.

Niat saya awal berhenti kerja adalah untuk sementara bagi memberi masa anak membesar dengan baik. Malah saya melihat dengan adanya saya di rumah, suami dapat menumpulkan hal kerja tanpa gangguan. Maka dia cepat naik pangkat.

Saya memberi 100% komitmen dari segi masa, tenaga malah kerja suami juga banyak outstation. Keadaan ini bertahun, akhirnya menjadikan suami saya makin selesa tahun demi tahun. Betul orang kata habit jika terlalu lama dibiarkan akan menjadi sebati.

Suami saya yang telah ditanggung beres menjadi terlalu banyak masa dengan kawan-kawan, dengan aktiviti luarnya sebab semuanya saya telah uruskan. Pagi dia hanya tekan minyak kereta, balik semua anak-anak sudah ada di rumah.

Usia bertambah, kudrat kita juga makin kurang, diwaktu saya sering kepenatan mencari rezeki berniaga sendiri, urusan barang dapur / rumah, menguruskan anak terkejar sana sini setiap hari saya semakin penat hari demi hari.

Namun suami masih dengan aktiviti nya seperti biasa. Seolah olah tiada apa-apa. Jarang bertanya masalah, jarang bertanya sakit demam, makan minum dan keperluan saya, kerana saya bukan jenis meminta, saya senang uruskan diri sendiri.

Amat menyedihkan apabila selama ini saya juga membantu dari segi kewangan keluarga kerana gaji beliau tidak cukup. Beliau ibarat menanggung 2 keluarga dek kesilapan si ayah memaksa suami membeli rumah atas nama suami hingga akhirnya terjerat hutang hingga hari ini.

Pihak keluarga mertua pula tidak pernah tahu yang komitmen bulanan turut menjadi bebanan pada saya. Dari asal nak rasa suri rumah sepenuh masa tak ada maknanya saya tetap perlu berkerja keras sendiri untuk membantu mencukupkan kewangan keluarga.

Perkara ini juga membuat saya sering rasa dipergunakan dan berubah menjadi pemarah. Saya penat dan stress macam macam tiada siapa ambil tahu. Saya seorang introvert yang sukar meluahkan apa saya rasa. Ia sangat memberi kesan mental pada saya.

Saya sering menangis seorang diri, rasa kosong dan keseorangan. Orang lelaki tetap lelaki, bukannya Nabi, dia pernah tertarik dengan beberapa orang perempuan muda yang berkerjaya. Mungkin rasa ‘amaze’ kepada perempuan itu, maklumlah isteri dia hanya mampu pakai baju ala kadar sementelaah depa ni boleh berhias diri ke pejabat.

Masakan tak tertarik kan? Iye jer kan lah.. Boleh dia punya ambil berat dengan perempuan itu ini, boleh pula sebut kesian kat perempuan itu ini depan saya, padahal saya yang seharian berpenat dengan anak-anak, tidak pula ditanya makan minum dan sakit pening saya. Saya cuma senyum kelat.

Ada masa dia konon konon cuba nak test saya nak bernikah baru, masa muda tu rasalah cuak, tapi dah tua ni, saya beri ayat yang deep jer lah. “Di saat umur kita dah makin senja, patutnya kita banyak fikir amal untuk menghadap DIA tak tahulah kalau awak ada hati lagi nak rasa balik hidup zaman muda, basuh tukar pampers baby, berjaga malam jaga bini baby sakit, silakan, tak penat ke?”

Dia terdiam saya sembur dalam. “Saya hanya nak enjoy dengan anak-anak besar berjalan sana sini tanpa penat dan serabut”. Saya tak perlu dah nak rasa marah, tercabar atau geram. Dia nak rasa, silakan, tapi saya ni jenis sekali kau buang aku, aku akan berlalu aku tak kan mengemis.

Sama seperti TT saya berusaha masak yang sedap lepas suami balik senja dari pejabat dan menemaninya makan dan tertidur kepenatan tanpa memikirkan apa efek pada badan. Saya penat, saya lapar dan cukup masa saya perIukan rehat.

Beranak pula kerap. Berkerja pula teruk mana ada masa untuk kita tilik tubuh badan. Kemuncak kesabaran saya, Ketika ada majlis keluarga, tanpa suami membantu, sibuk dengan hp nya. Saya mengeluh dada sakit dan dengan mudah dia menjawap, “mana kan tak sakit, asyik nak marah jer”.

Pernahkan dia fikir ada ke orang perempuan saja saja akan jadi pemarah jika asalnya dia bukan begitu. Entah apa yang trigger saya masa tu, saya terus berani bertenung mata dengan suami dan mengatakan, “So kenapa u selama ni tak lead dalam rumah,’ orang laki jer tahu penat, orang perempuan hari-hari tak reti penat”.

Satu hamburan yang sudah lama saya simpan, saya mengetap gigi menahan marah. Aku penat hari-hari kerana kau, kerana kau macam orang pekak dan buta untuk melihat tubuh isteri mu yang dah terlalu penat dilanyak setiap hari.

Hanya kau tahu cukup masa kau mahu hak kau dilayan, tanpa fikir bertapa sakit dan penatnya badan aku. Itu rasa hati saya. Saya confront beberapa mingggu, buat kali pertama, saya mencabar suami membawa kes kami ke kaunseling pejabat agama, saya tahu jika sudah ke tahap ini, jika tak ada penyelesaian maka kes akan dibawa ke mahkamah. Saya tekad.

Saya memuntahkan semua apa yang saya keluarkan untuk memudahkan hidupnya dan keluarganya. Hati saya bulat seperti batu. Apabila melihat saya mula tekad, dia mulai risau, apakah kau, sedikit tidak malu, aku sebagai isteri bertahan sakit penat selama 20 tahun untuk menyenangkan kau dan keluarga kau.

Ini kau bagi kat aku, sebab aku dah tua kan, dah tak lawa kan. Pergi mampus!. Itulah rasa hati saya. Sungguh saya betul-betul keras seperti batu kali ni. Dulu saya rasa suami amat sayangkan pada saya, tanpa sedar suami juga melukakan hati dan mengabaikan saya.

Orang pejabat memuji perangainya, tapi saya lebih kenal siapa suami saya. Jadi saya harus mengingatkan dia balik akan hal ini. Saya kurangkan bercakap, saya menyerahkan semula tugas yang patut dia buat 20 tahun lepas.

Saya memujuk diri kali ini tidak lagi kalah dengan pujukan suami, jika dia buat pun itu harus dia buat sebagai tanggungjawab bukan sebab nak pujuk kita. Saya memperingatkan dia semula, dia dapat saya bukan dalam keadaan seperti ini.

Maka bukan saya tidak pandai menjaga diri. Tapi dia ‘’LELAKI TAK PANDAI JAGA ISTERI’’. Saya terus menjaga diri saya emosi saya dan mental saya, paling penting saya fikirkan saya perlu sayang tubuh badan dulu demi anak-anak.

Tiada perempuan lain boleh mengganti tempat kita sebagai ibu kandung jika kita mati atau bercerai. Saya fikirkan anak-anak saja. Jadi emosi dan kesihatan saya kena di tahap paling optimum. Cuma kali ini, ia tidak seperti dulu, jika dulu dengan mudah saya dipujuk, kali ini ntahla, mungkin sudah tahap kalih.

Mood saya on off dengan dia, saya sering memperingatkan diri bahawa jangan beri muka atau kalah dipujuk lagi, saya perlu ada prinsip saya sendiri. Saya hanya harapkan jangan Allah Taala tinggal saya. Suami tinggal takpe, jangan Allah pula buang kita.

Saya mula menyayangi diri saya, Saya konsisten menjaga pemakanan saya, kali ini saya benar-benar uruskan badan sendiri. Saya tidak stress dalam proses ini, saya follow the flow, tidak perlu drastik nak turun sebab nak pegang suami. Hanya isteri saja di tuntut itu ini ya? Suami macamana?

Saya buat ini untuk diri saya, untuk kembalikan semula keyakinan saya, semangat saya, yang saya pernah menjadi perempuan yang cantik dulu tapi perkahwinan ini membuat saya berubah 360 darjah. Saya menilik setiap inci wajah saya, Ya Allah, lamanya saya abaikan diri, ada cermin ke tak ada saya tak kisah selama ni, sebab tidak ada masa untuk berhias diri. Pakai ala kadar, sebab keperluan untuk anak-anak lagi penting.

Tapi tidak kali ini, saya minta duit suami untuk beli barang jagaan diri, saya juga mula minta duit suami untuk pakaian saya. Nak sangat aku melawa menjamu mata kan, selama ini aku bersederhana untuk mengurangkan beban belanja rumah, apa aku dapat?

Penat dan mata kau beralih menjamu cantik elok perempuan yang belum pernah beranak. Perasaan kali ini saya buat bukan untuk dia, tapi untuk diri saya. Supaya saya tidak rasa hilang keyakinan diri, supaya saya tidak rasa maIangnya hidup saya, supaya dapat berlari kuat tanpa s4kit kaki di Safa dan Marwah.

Saya betul-betul mencabar diri saya kali ini. Perkara itu tidak pelik bagi saya, kerana saya pernah mencabar diri saya untuk menjadi pelajar terbaik di Universiti. Saya pernah mencabar diri saya untuk mendapat pendapatan 3 kali ganda lebih dari pendapatan asal saya semasa berkerja.

Saya mampu membeli pelbagai asset dari hasil saya berniaga termasuk membiayai pengajian suami di luar negara dan suami turut menumpang senang. Apakah sangat untuk sekadar menjadi kurus hah? Ya, saya mampu seperti dulu jika diberi masa dan peluang.

Di hari saya rasa seolah bangkit, saya tidak mengambil solusi untuk bercerai dulu, saya memberi peluang dan amaran keras kepada suami. Jika dia ingin meneruskan hidup berumahtangga dengan saya maka dia perlu memberi komitmen seperti mana saya juga beri.

Berkenaan hal rumah, anak-anak dan memudahkan urusan ibadat saya. Baru dia tahu, waktu saya confront, saya campakkan semua kerja yang saya buat hah berpeluh dia, ke sana ke mari sampai tertidur berjam-jam hahaha.. tahu penat? Biar dia rasa.

Saya tidak membiarkan emosi menguasai kali ini, saya sangat berhati-hati kerana syaitan sangat suka dengan keadaan laki bini seperti ini. Suami saya bukan tidak baik, dia juga manusia, ada kesilapan cuma saya perlu memperingatkan dia semula akan tanggungjawap kerana dia menjadi begini kesan didikan ibu yang memperajakan lelaki dan silap saya mencipta zon selesa pada dia hingga menjadi kebiasaan.

Kita tengok jika dia gagal memenuhi requirement saya kali ini, bersedialah untuk berdepan dengan saya di mahkamah berkenaan isu harta sepencarian, hutang piutang pengorbanan saya selama ini menyumbang kejayaan dia, akan saya tuntut habis-habisan, saya tidak main-main kali ini.

Saya percaya dalam perkahwinan bahagia perlu ada tanggungjawab dan ehsan kepada pasangan. Jika kita berkahwin hanya cinta, cinta boleh pudar bila bila, tapi jika Ehsan ada pada pasangan kita tak kan tergamak nak aniaya pasangan kita.

Lelaki ketua keluarga harus main banyak peranan bukannya sibuk dengan menjamu mata, inginkan layanan high class seperti hotel, apa tidak sedarkan isteri juga sama, manusia ada had keupayaan kudrat dan hati perasaan sama seperti dia orang lelaki.

Untuk semua lelaki bergelar suami dan bakal menikah dengan anak perempuan orang ingat, kamu berkahwin dengan anak perempuan orang yang sama seperti kamu ada adik perempuan yang mak ayah sayang. Jadi perelokkan anak orang, jaga anak orang seperti kamu beria ia nak minta dia dari mak ayah dia, jika tak sanggup buang per4ngai bujang, anak mak atau tak nak pikul tanggungjawab lebih baik kamu jangan kahwin.

Jika tidak ada kemampuan, permudahkan isteri kamu, bantu dia, takkan dalam 7 hari kamu sibuk tak ada cuti, jika kerja macam tu baik kamu berhenti atau pun tukar jadi househusband jer lah. Orang perempuan ada had sabar dia, Kau puak LELAKI tak pernah merasa koyak rabak Iuka melahirkan anak tapi masih boleh menyusukan anak, kamu apa tahu, hanya ingin menyedapkan bawah dan mata saja.

Deep kan aku kasi… Ingat Allah Taala takkan pernah bagi senang dan mudah dalam kehidupan kamu jika isteri orang yang dekat dengan kamu pun kamu buat aniaya. Gaji suami berpangkat pengurus kanan T20 bagi 1K untuk urusan makan minum, duit sekolah anak, duit tuisyen anak, minyak kereta, dalam tulah nafkah saya dan belanja untuk anak 6 orang bayangkan.

BACA: “Balik je, hadap apa jua siasatan, jangan bagi alasan, saya tak nak dengar”, pesan Azam Baki kepada menantu Muhyiddin