Mawi mengaku takut bini.. ini punca sebenar ramai nak tahu

Oleh NADIA HARON

Sentiasa mengamalkan sikap berterus-terang sebagai kunci kerukunan rumah tangga,

penyanyi dan pengarah filem, Mawi, bagaimanapun tidak menolak, setiap pasangan suami isteri pasti tidak terlepas daripada ujian.

Menurut Mawi, ia bagaimanapun terletak kepada kebijaksanaan dan toleransi yang baik antara satu sama lain dalam usaha memastikan tidak berlaku salah faham.

Mawi mengaku takut bini.. ini punca sebenar ramai nak tahu

“Saya dengan isteri tiada isu diganggu orang ketiga. Saya ini boleh dikatakan termasuk dalam ahli ‘suami takut bini’. Masing-masing ada ujianlah. Ujian rumah tangga ini besar. Bukan gangguan orang ketiga saja.

“Dalam rumah tangga ini, kita kena terus terang, dengan pasangan ini tak boleh simpan-simpan. Bila simpan-simpan ini, boleh jadi sangsi dan bersangka buruk. Apa saja kita buat, kena terus terang. Saya cuba amalkan benda itulah.

“Maksudnya mana pergi pun, saya beritahu. Sebab itu saya tak malu kata takut bini.

Saya rasa takut bini itu sebenarnya akan membahagiakan lagi,” katanya.

Mawi ditemui ketika majlis pelancaran filem kisah benar Datuk Ustaz Kazim Elias berjudul Zim Zim Ala Kazim dan berbuka puasa di The 1985 Restauran, Empire Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Selain itu, ditanya mengenai pendapatnya mengenai pergolakan rumah tangga sahabatnya, pengarah, Syamsul Yusof, kata Mawi, dia tidak berhak mencampuri urusan tersebut.

Malah, kata Mawi, meski mengetahui akan kontroversi yang bertebaran, dia bagaimanapun tidak pernah bertanyakannya kepada Syamsul sendiri.

“Saya tak pernah tanya pun pasal peribadi dia. Sebelum ini memang ada berjumpa dia tapi kami selalu bercerita fasal projek, nak buat filem dan nak buat lagu.

“Saya tak langsung tak pernah tanya dan dia pun tak pernah cerita. Syamsul ini seorang yang kreatif, saya lihat dari sudut itu. Dia punya pandangan banyak bernas.

“Kalau nak buat movie, pandangan dia sangat bernas. Itu saja. Dia pun ada pendirian dia. Dia tahu apa dia nak,”katanya.

Untuk info, Mawi berkahwin dengan Nora’Asikin Rahmat atau Ekin Rahmat pada 20 Disember 2008.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika yang kini berusia 10 tahun.

BACA: “I perlukan suami bergaji RM2,000 demi tanggung hidup i, harap u faham”, pendedahan abang lori ini buat ramai terkejut