Pelajar sekolah jawab ‘sebab boleh’ dalam kertas ujian sekali ini respon pemilik asal slogan buat ramai terkejut

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Semakin tular “sebab boleh dik” di seluruh jagat raya.

Ada yang tag saya tentang pelajar sekolah yang jawab “sebab boleh” di dalam kertas peperiksaan di sekolah dan sebagainya.

Saya tak percaya 100% bahawa itu benar-benar berlaku. Maklumlah sekarang zaman attention economy dan attention emotion.

Pelajar sekolah jawab 'sebab boleh' dalam kertas ujian sekali ini respon pemilik asal slogan buat ramai terkejut

Semua orang cuba sedaya upaya untuk dapatkan attention atas 1001 sebab.

Saya ada prinsip bahawa behind a story there always another story.

Namun!!!
Kalau ia betul terjadi dan ramai salah guna “sebab boleh dik” izinkan saya ulas sekali lagi.

Kenapa saya ulas sekali lagi? Sebab boleh dik dan kerana saya rasa ada tanggungjawab so sial kepada masyarakat.

“Sebab boleh dik” ini adalah satu slogan yang bertujuan untuk RESET kepala hotak kebanyakan manusia yang telah diprogramkan bahawa mereka “tak boleh” dan minda mereka telah disekat oleh kebolehan dan kemampuan diri mereka yang sebenar.

Maksudnya, tujuan saya adalah untuk memberi impak positif kepada masyarakat.

Maksudnya apa?

Ok macam ni…

Nama saya Azri Walter,

Walaupun saya seorang marhaen lepasan SPM yang membesar di kawasan setinggan dan flat kos rendah namun saya telah berjaya menterbalikkan kehidupan saya dari zero menjadi hero menggunakan mindset “Sebab boleh dik”

Saya telah RESET segala program yang mereka tanam di dalam minda saya iaitu “tak boleh, jangan, tak boleh, jangan”

1. Ketika umur 12 tahun saya terlalu ingin terpilih mewakili negeri dalam sukan bolah sepak, namun saya tidak terpilih.
Selepas itu saya berlatih dan kerja keras. Hasilnya saya berjaya mewakili negara ketika umur 12 tahun. Sebab apa terus wakil negara tak wakil negeri? “Sebab boleh dik”

2. Ketika saya bekerja makan gaji saya melalui fasa financial stress.

Saya nak ubah kehidupan. Saya tiada modal, tiada ilmu dan tiada networking. Maka saya mulakan perniagaan dengan apa yang saya ada iaitu KEDERAT. Saya mula berniaga dengan menjual produk orang lain secara direct selling di jalanan. Sebab apa? “Sebab boleh dik”

3. Saya seorang lepasan SPM dan tidak cemerlang di dalam bidang akademik namun Alhamdulillah saya berjaya membuka kolej sendiri iaitu Walter College. Sebab apa? “Sebab boleh dik”.

4. Saya tidak pandai gunting rambut. Saya bukan barber namun saya berjaya membuka 30 cawangan barbershop tanpa pinjaman bank dan tanpa geran. Sebab apa? “Sebab boleh dik”

5. Saya tidak pernah dapat A dalam subjek bahasa Melayu terutamanya penulisan. Namun saya berjaya menulis buku saya sendiri iaitu The Walter Way, Ebook Jalanan to Jutawan dan aktif menulis di media sosial. Sebab apa? “Sebab boleh dik”

6. Dulu berat badan saya pernah capai 96kg. Hari ini fizikal saya fit dan I am in a good shape. Sebab apa? “Sebab boleh dik”

7. Waktu mula berniaga dulu, saya daftar perniagaan jenis enterprise 70 hengget. Selepas melawan hidup yang keras dan berjaya memberikan inspirasi kepada ramai manusia dari zero hingga membina empayar perniagaan, pada tahun 2019 saya dilantik menjadi Ikon Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Sebab apa? “Sebab boleh dik”

8. Saya bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil. Sepatutnya saya takde kena mengena pun dengan menghafal Al Quran. Namun Alhamdulillah atas izin Allah saya berjaya menghafaz beberapa juzu’ Quran ketika zaman kerja kerajaan tanpa dipaksa oleh sesiapa dan telah banyak kali baca dan faham keseluruhan Al Quran. Sebab apa? “Sebab boleh dik”.
Cuba lihat apa yang berlaku kepada hidup saya. Saya tak nampak, di manakah negatif nya “sebab boleh dik” ini.

Melainkan individu itu sendiri menggunakan maklumat dan mesej ke arah yang salah.

Kepada adik-adik yang masih bersekolah dan sepatutnya tak tahu tentang media so sial ni, abang Azri Walter nak betulkan kesalahfahaman adik-adik bahawa, “sebab boleh dik” ini hanya terpakai kepada perkara-perkara positif sahaja.

Oleh itu, saya nak adik-adik gunakan slogan “sebab boleh dik” supaya boleh menjari insan berjaya dunia dan akhirat.

Kalau nak buat sesuatu, usah TAKUT kerana kita boleh capai apa sahaja dalam hidup dengan syarat ianya tidak mengundang murka TUHAN.

Kepada ibu bapa, menjadi tanggungjawab korang untuk monitor penggunaan media sosial anak-anak supaya tidak menghancurkan hidup mereka.

Something to ponder,

Bagaimana remaja di bawah usia 18 tahun boleh consume media so sial? Sepatutnya ia sangat tidak wajar.

Sebagai orang dewasa yang mempunyai kepala hotak yang function, ibu bapa mestilah handal dalam mendidik ahli keluarga mereka terutamanya sebagai seorang LELAKI, SUAMI ataupun BAPA!

Saya bertanggungjawab terhadap segala mesej yang saya sampaikan di semua platform media sosial Azri Walter dan saya percaya mesej yang saya sampaikan adalah positif bertujuan mendorong orang lain supaya sukses setiap penjuru kehidupan.

Saya mendorong lelaki khususnya, supaya FIT fizikal, FIT mental, FIT spiritual dan FIT financial.

Kalau ada orang yang menyalahkan saya, korang kena tahu bahawa dunia media sosial, internet dan televisyen ada ramai influencer dan selebriti yang secara terang-terangan mempromosikan perkara negatif seperti MENGAJAR orang lain cara menyediakan makanan dan minuman yang tidak sihat, hiburan yang melampau, kepelsuan hidup suami isteri SUPRISE dan bahagia 24 jam, menggalakkan lelaki ikut emosi jadi weak dan sebagainya.

Yang peliknya takde siapa marah malah dipuja-puja dan dijadikan contoh tauladan.

Sekali lagi saya nak ingatkan, bahawa semua orang bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri.

Apa sahaja pilihan yang korang buat di dalam hidup ini sama ada betul atau salah, bukan salah orang lain kerana ia adalah tanggungjawab setiap individu.

Dan,

Semua orang kena ingat betul-betul bahawa KEGAGALAN hidup kau, tiada kena mengena dengan

KEJAYAAN hidup orang lain.
Do you understand?
Kenapa tulis panjang?
Sebab boleh dik!

BACA: Jepun buang air kumbahan nuklear ke laut, nelayan di Malaysia akan terkesan? Ini jawapannya