Simpan sebagai kenangan. YB sempat bertanyakan dengan saya ” Secara jujur, apa pendapat cikgu tentang silibus sekolah hari ini?”.
Saya menjawab secara terperinci hakikat silibus sekolah pada hari ini.
Beliau juga mengatakan kebelakangan ini hangat diperkatakan tentang silibus sekolah yang menekan murid-murid sekolah.
Sebelum beliau beredar, sekali lagi beliau mengutarakan kepada saya tentang kerisauan beliau akan silibus sekolah dan berjanji memberi sedikit masa untuk cuba buat yang terbaik demi pendidikan di Malaysia.
Saya doakan mudah-mudahan YB dipermudahkan urusan dalam mentadbir Kementerian Pendidikan Malaysia umumnya.
Saya sempat mengatakan pendidikan hari ini cerminan masa depan bangsa kita dimasa akan datang.
Terima kasih yang tidak terhingga untuk YB dan KPM sudi datang sekolah kami yang daif ini.
Moga sekolah kami mendapat bangunan baru, agar murid-murid dapat belajar secara kondusif