Apabila menyebut tentang perbankan Islam, sudah pasti semua orang memikirkan mengenai sistem perbankan yang berteraskan undang-undang Islam
Dan sudah semestinya patuh Syariah. Tetapi, tahukah kita sejarah di sebalik bermulanya perbankan Islam?
Benar, secara umumnya perbankan Islam merujuk kepada system perbankan yang mematuhi undang-undang Syariah.
Di antara prinsip-prinsip asas yang diterapkan dalam perbankan Islam adalah perkongsian untung dan risiko pihak-pihak yang berurus niaga,
jaminan keadilan untuk semua dan urus niaga yang berdasarkan aktiviti perniagaan dan berasaskan aset,
selain meliputi transaksi-transaksi bank seperti urusan kiriman wang, surat-surat jaminan, surat-surat kredit serta tukaran wang asing.
Sejarah Penubuhan Perbankan Islam
Bermulanya sistem kewangan Islam adalah bertitik tolak daripada peristiwa kebangkitan Islam sekitar akhir tahun 1960-an 1970-an. Sistem kewangan Islam ini membolehkan umat Islam untuk berurus niaga menggunakan sistem yang berlandaskan Syariah di mana ia melibatkan implikasi sosial yang berkait rapat dengan ajaran Islam.
Sistem ini juga menampilkan ciri-ciri khusus yang membezakan bank-bank Islam daripada bank-bank lain yang berlandaskan falsafah perbankan yang berbeza.
Di antara objektif utama penubuhan Bank Islam adalah untuk memenuhi keperluan umat Islam dari segi pengurusan perbankan di mana asas penerapan perniagaannya juga berlandaskan ajaran Al-Quran dan Sunnah.
Ia menerapkan konsep keadilan dan kesaksamaan demi kepentingan masyarakat seluruhnya. Objektif lain penubuhan bank Islam adalah berlandaskan dua faktor utama iaitu faktor keuntungan dan faktor tuntutan agama.
Di awal penubuhan perbankan Islam ini bermula apabila Mit Gharm Local Saving Bank ditubuhkan di Mesir pada tahun 1963 tanpa penggunaan istilah Syariah secara rasmi. “German Saving Bank” dijadikan sebagai model dalam penubuhan bank ini dan sedikit pengubahsuaian dijalankan untuk menepati konsep sebagai sebuah bank Islam.
Beberapa tahun kemudian, IDB (Islamic Development Bank) ditubuhkan pada sidang Menteri-Menteri Luar Organisation of Islamic Conference (OIC) pada tahun 1973. Negara-negara anggota OIC telah menyertai IDB dan membantu dalam perkembangan perbankan Islam di negara-negara anggota.
IDB terlibat secara aktif dalam menggunakan dana bank untuk mambangunkan masyarakat Muslim sedunia. Beberapa buah bank berkonsepkan perbankan Islam mula ditubuhkan, antaranya Dubai Islamic Bank yang ditubuhkan pada tahun 1975, Faisal Islamic Bank of Sudan pada tahun 1977, Faisal Islamic Egyptian Bank dan Islamic Bank Jordan pada tahun 1978, Islamic Bank of Bahran pada 1979, The International Islamic Bank of Investment and Development, Luxembourg pada 1980.
Wujudnya Tabung Haji dan Bank Islam
Di Malaysia, kewangan Islam bermula pada tahun 1963 dengan penubuhan Lembaga Tabung Haji (LTH). Ia merupakan satu mekanisme simpanan bagi umat Islam di Malaysia untuk membuat simpanan secara tetap dan berterusan bagi tujuan mengerjakan fardu haji. Dana ini seterusnya dilaburkan dalam sektor-sektor ekonomi negara yang produktif yang berorientasikan pulangan bebas riba’.
Seterusnya, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) mula ditubuhkan pada tahun 1983 setelah penubuhan operasi Bank Islam dicadangkan kepada kerajaan sekitar tahun 1981. Bank ini menjalankan perniagaan perbankan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah.
Selain daripada itu, BIMB juga menawarkan produk-produk deposit seperti deposit semasa dan deposit simpanan yang berdasarkan konsep Al-Wadiah (dengan jaminan) dan deposit pelaburan yang berdasarkan konsep Al-Mudharabah (perkongsian keuntungan).
BIMB turut menawarkan kemudahan pembiayaan seperti pembiayaan modal kerja berdasarkan Al-Mudharabah jualan dengan tambahan untung), pembiayaan perumahan di bawah Bai’ Bithaman Ajil (jualan dengan harga tertangguh), sewaan berdasarkan Al-Ijarah dan pembiayaan projek berdasarkan Al-Musyarakah (perkongsian untung dan rugi).
Susulan daripada kejayaan pertubuhan perbankan Islam yang sebelumnya membawa kepada penubuhan bank Islam yang kedua, iaitu Bank Muamalat Malaysia Berhad pada 1 Julai 1999.
Sumber Rujukan:
Asingkan sedikit pendapatan anda dan tukarkan kepada bentuk emas. Kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan emas. Tak perlu 1 gram pun, minimum 0.25 gram.
Boleh mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold.
Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM65 (berdasarkan harga emas RM260 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.
Prosesnya sangat mudah:
BACA: Kerana lambat belajar, ini kisah Rosemary adik bekas Presiden Amerika yang ditebuk kepalanya