Isteri Caprice ‘cuci otak’ isteri pertama abang Tesla?“Wanita ada pilihan, nak kekal atau pergi”

Oleh ISMAIL YAHYA

Nampaknya kisah poligami pempengaruh TikTok dikenali sebagai Abang Tesla ini masih menjadi bualan ramai di media sosial.

Penyanyi rap Caprice turut mengundang lelaki itu dan isterinya pertamanya, .

Nurmajdina dalam satu program podcast baru-baru ini dan ia meraih perhatian ramai.

Isteri Caprice ‘cuci otak’ isteri pertama abang Tesla?“Wanita ada pilihan, nak kekal atau pergi”

Sudah tentu mereka membahaskan tentang topik poligami dan isteri Caprice,

Farra Inalis mendapat pujian ramai terutamanya wanita selepas dia dilihat tegas dan menyerlah ketika podcast itu.

@nabilasyahmi isu hangat 🥹🥹🥹🔥 #abgtesla #caprice ♬ suara asli – Musiceveryday – 𝙈𝙐𝙎𝙄𝘾𝙀𝙑𝙀𝙍𝙔𝘿𝘼𝙔22


Selain mereka berempat, Caprice turut menjemput tetamu berpengaruh dikenali sebagai Datuk Nazri Husin atau dikenali sebagai ‘abang Ducati’ di TikTok.

Dalam satu klip pendek yang tular, Farra Inalis yang mesra dipanggil Elis itu mengakhiri hujahnya dengan membaut kesimpulan bahawa manusia mampunyai pilihan.

Abang Tesla ada pilihan untuk berkahwin dua. Wanita juga ada pilihan untuk hidup dengan lelaki itu, mahu stay atau mahu chow (pergi).

Elis turut menekankan pendapatnya bahawa seseorang wanita jika tidak rela dimadukan, mereka berhak untuk memilih untuk setia bersama suami atau berpisah.

Ramai pengguna TikTok menyokong pandangan Elis dan turut merasakan isteri Caprice itu seperti mahu membuatkan Nurmajdina sedar dengan pilihan dibuatnya.

Dalam pada itu, ada yang menyindir jawapan-jawapan Abang Tesla ketika disoal di podcast tersebut dan berseloroh mengatakan dia pasti menyesal datang selepas teruk ‘disembur’ oleh Elis.

BACA: Cara unik orang dulu-dulu tengok ‘jam’ nak buka puasa, nostalgia habis!