Aksi gadis makan laksa Johor guna tangan jadi perdebatan warganet

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Gadis makan laksa Johor pakai tangan undang persoalan, “Memang adatnya…”

Di Malaysia sendiri makan menggunakan tangan adalah sesuatu yang normal

Bukan sahaja di rumah tetapi di restoran-restoran di mana sudu dan garfu disediakan.’

Aksi gadis makan laksa Johor guna tangan jadi perdebatan warganet

Makan menggunakan tangan bukan sahaja budaya orang Asia tetapi juga Timur Tengah, Afrika, dan Amerika Selatan, sementara sudu dan garfu adalah peralatan asas dalam budaya makan Barat.

Biasanya sudu dan garfu hanya digunakan untuk makanan makanan yang sukar untuk dipegang menggunakan tangan seperti mi dan sup.

Namun perkara itu tidak menghalang orang ramai untuk makan menggunakan tangan mereka, memandangkan makan menggunakan tangan adalah lebih memuaskan dan bermanfaat untuk pencernaan.

Aksi gadis makan laksa Johor guna tangan jadi perdebatan warganet

@dovecafe.malaysia Bak kata toke besar @missfazfazzy makan Laksa Johor pakai tangan jer, baru lah JDT😁#dovecafemalaysi #dovecafe #laksajohor #MYFOOODIE #myfoodie♥️♥️♥️ ♬ original sound – Dove Cafe – 𝗗𝗢𝗩𝗘 𝗖𝗔𝗙𝗘 ®️

Itulah juga yang dapat dilihat dalam sebuah video yang tular di Twitter ini di mana seorang wanita sedang menikmati semangkuk laksa Johor menggunakan tangannya.

Mungkin kebanyakan orang biasanya makan laksa menggunakan garfu dan sudu memandangkan makanan tersebut adalah makanan berkuah, menyebabkan aksi tersebut agak janggal bagi mereka.

makan makanan berkuah menggunakan tangan adalah sesuatu yang normal di banyak negeri seperti Johor dan Kelantan. Namun menurut ramai netizen yang meninggalkan komen.

“this is normal la…”

“kelantan pun makan laksa pakai tangan…”

“Lagi suka guna sudu kot sebab boleh hirup kuah…”

“Sebab memang macam tu orang Johor makan…”

okayyy tetiba craving laksa johor 🤤 memang cara makan dia macam ni. aku pelik bila orang makan laksa johor pakai sudu and garpu?!

“memang adatnya…”

“Macam ni la kot mat saleh rasa…”

Hahaha laksa johor memang adatnya dimakan guna tangan, bukan sudu dan garfu. Haa cuba dulu

BACA:Pendapatan RM70,000 sebulan, belanja RM20,000, sedekah RM50,000, ini kisah pakcik tua berkain pelikat ini