Aku merupakan seorang staff KKM yang dah beberapa bulan ditukarkan ke sebuah Klinik Kesihatan. Sebelum ni aku berkhidmat di sebuah Hospital besar.
Dan aku sebagai mana majoriti orang lain mesti beranggapan yang S3xually Transmitted Diseases (STD) ni
Banyak berlaku di bandar – bandar metropolitan yang mana anak anak mudanya bergaul bebas.
Dan memang kami ada menerima banyak kes kes STD sepanjang berkhidmat di hospital, terutamanya di klinik harian dan emergency.
Awal tahun ni, aku ditukarkan ke sebuah klinik kesihatan di ceruk kampung. Kawasan petempatan terancang, aku tak nak lah sebut namanya.
Tapi memang semua penduduk ialah orang Melayu dan beragama Islam.
Awal aku dapat kes STD pertama, seorang lelaki muda. Hensem dan sasa. Agak kekok meneruskan bicara dan memohon untuk berjumpa staf lelaki.
Tapi disebabkan waktu tu satu satunya staff lelaki bercuti panjang, pesakit membawa diri keluar dari bilik.
“Tak apalah, nanti saya datang lagi”.
Tak sampai 2 hari, lelaki yang sama kembali ke bilik aku. Berkerut dan berpeluh peluh wajahnya menahan sakit.
Puas berdolak dalik, dia akhirnya berterus terang “tempat kencing saya sakit. Bila kencing pedih sangat sangat”.
Aku menyuruh dia menanggalkan seluar untuk diperiksa. Sebaik sahaja ditanggalkan, satu bilik berbau busuk yang amat sangat.
Aku lihat alat kelaminnya amat bengkak, mengelupas dan bernanah.
Sampel drah diambil, pesakit yang masih “teruna” bersumpah bahawa dia tak pernah melanggani perempuan seumur hidupnya.
Dia malah marah marah dan membentak kata aku memfitnahnya.
Aku mati kata, pesakit mengugut untuk keluar dari klinik. Takkan aku nak biarkan dia tanpa rawatan.
Jadi aku menelefon farmasis, bertanyakan keberadaan ubat intravenous (ubat cucuk) untuk penyakit STD ini – G0norrhoea.
Farmasis berkata tiada, mereka tidak pernah menyimpan ubat itu di klinik. Almaklumlah, klinik kecil sahaja.
Aku ceritakan isu sebenar kepada cik farmasis yang sentiasa ceria suaranya, ku ceritakan sepenuhnya akan kemungkinan pesakit melarikan diri atau menolak rawatan sekiranya dirujuk ke klinik lebih besar atau hospital.
Dia faham dan mohon masa untuk berunding dengan pegawai atasannya. 10 minit kemudian, 10 minit yang menyeksakan menahan bau,
Farmasis menelefon, pertama kali ku dengar suaranya serius, dia memohon aku merujuk kes ke pakar di hospital berdekatan melalui panggilan telefon.
Sekiranya pakar bersetuju, dia sendiri akan memandu ke farmasi hospital tersebut untuk mendapatkan ubat tersebut.
Aku bersetuju dan alhamdulillah, pakar pun bersetuju untuk memberikan suntikan tersebut.
Aku lihat farmasis kemudiannya memecut kereta keluar dari pagar klinik hampir 10 minit sebelum waktu “lunch hour”.
“Habis la lunch hour budak tu” getus aku dalam hati kerana hospital itu hampir 1 jam juga jarak perjalanan sehala.
Pesakit ku suruh berehat di bilik kecemasan dan kali ini dia tidak membantah. Aku mulakan suntikan iv air garam dan ubat tahan sakit untuknya terlebih dahulu.
Petang tersebut, ubat pun sampai dan terus aku berikan kepada pesakit. Dia nampak lebih tenang kali ini namun bicaranya masih sama, bersumpah bahawa dia tak pernah “berbuat jahat” seumur hidupnya.
Aku mengalah dan memberikan dia beberapa ubat untuk dimakan di rumah. Ku pesan kepada dia untuk kembali ke klinik selepas beberapa hari.
Esok harinya, keputusan drah keluar, pesakit positif H.1.V. Saat ku khabarkan berita itu kepadanya, teresak esak dia menangis.
“Sebenarnya, saya g4y”
Jawapan yang sudah aku agak. Aku bertanyakan perihal “s3xual partners” beliau.
Ramai katanya. Ramai sangat. Aku menyarankan pesakit menyuruh semua “rakan rakannya” itu menjalani ujian drah.
Meriahlah klinik kami selepas itu untuk ujian H.1.V.
Dan jumlah lelaki yang datang untuk ujian tersebut ramai, hampir 30 orang. Semuanya pernah “bersama” dengan pesakit aku itu.
Dan yang paling menyedihkan, pesakit termuda baru berumur 21 tahun 3 bulan. Katanya pernah bersama berpuluh kali sejak usianya belasan tahun.
Namun, hanya 1 orang lagi dari mereka itu yang positif. Dari mana punca pun tiada siapa yang tahu.
Masing masing lost track akan identiti dan jumlah s3xual partner mereka.
Entahlah, bila berlaku kes ini. Aku amat terkejut dan sedih. 30 orang bukannya sikit.
This is not a case of one black sheep. Bukan 1 – 2 yang tak “menjadi”, hampir satu kampung. Majoritinya pulak sudah beranak bini.
Perihal test isteri isteri mereka nantilah aku ceritakan semula di lain kali..
Namun aku tertanya tanya di mana silapnya. Dan aku tergerak untuk menulis ini sebab pagi tadi ada seorang budak lelaki 16 tahun datang untuk mendapatkan rawatan.
Dia diiring farmasis ke bilik aku selepas membuat hal di farmasi, mendesak supaya diberikan antibiotik untuk “lawas kencing” seperti yang dicadangkan oleh “sahabat baiknya”.
Dan selepas aku periksa, ya, STD sekali lagi.
Aku tak boleh tidur malam menunggu result blood test budak tu. Harap harapnya negatiflah.
Aku tak sanggup membuka buku siasatan yang baru dan menemui lebih ramai lagi golongan ini.
Aku tak sanggup.
Reaksi Warganet
Jauharah Kasim –
Ada pesakit kami, ada penyakit kelamin, katanya di rgol oleh perempuan. Bersabar ajelah.
Setelah mendapat kan rawatan beberapa kali akhirnya mengaku ada pasangan sejenis
Khairul Azizi –
Biarkan, golongan ni dinasihat cara elok pon nanti orang yang bagi nasihat kena hentam balik.
Dia ada komuniti diorang sendiri. Penyakit yang diorang terima memang bala dan peringatan paling keras untuk diorang bertaubat.
Cuma tu lah, sejenis yang dah berumah tangga tu sedih sangat pasangan dia. Golongan ni memang dah membarah dalam masyarakat..
Azimah –
Saya pernah diserang dengan pensyarah saya which is of course bukan islam.
Katanya L.G.B.T.Q bukan salah satu punca menyebabkan H.1.V. Saya argue byk kali sampai saya kena pulau satu kelas.
Rasa kesal. Rasa malu. Rasa sedih dan depressed.
Last skali saya report dekat dekan dan pensyarah tu kena gantung 1 tahun tak boleh mengajar.
Saya tak rasa benda tu macam ‘padan muka’. Tapi saya sedih pendidik yang saya sanjung untuk menuntut ilmu mempunyai pemikiran macam tu
Farhan Gibrani –
Perempuan pun ramai. Berselindung disebalik hubungan “adik angkat, kakak angkat, mak angkat, anak angkat”.
Membongak je semua tu, kalau asyik berkepit ke mana mana berdua, makan sepinggan, kereta kongsi bayar, beli apa apa bayar sekali, pin atm pun tau..Ha itu songsang le tu.
Tak payah tengok la tudung selabuh mana pun, sembhyang cukup sekalipun, kalau ada je point yg aku tulis tu, SONGSANG.
Kalau muda boleh kata belum matang.. Yang tua pun ada oii. Masih tak sedar sedar
Ibnu Husin –
Harap artikel nie viral. Biar masyarakat sedar bertapa ramai golongan sebegini dikalangan kita.
Aini Shariff –
Yang berade di bidang kesihatan mungkin sudah tidak terkejut lagi.
Tapi perasaan yang ade adelah sedih. Sedih sangat sangat.
Sedih kerane majoriti adaleh bangse kite yang di dalam IC beragame Islam . Inilah dunie akhir zaman.
Semoge Allah melindungi keluarge kite dari dugaan sebegini