Bukan saja-saja rupanya, ini sebab kenapa bentuk bola golf banyak lubang

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Selalunya permukaan bola adalah bersifat licin dan rata.

Tapi lain pula jika anda melihat bola golf yang mempunyai reka bentuk lubang-lubang di sekelilingnya.

Mesti ada yang tertanya-tanya mengapakah bola golf diciptakan sebegitu dan apakah fungsi lubang-lubang ini?

Bukan saja-saja rupanya, ini sebab kenapa bentuk bola golf banyak lubang

Untuk pengetahuan anda, bola golf mempunyai lubang bertujuan supaya jarak bola boleh pergi dengan lebih jauh hingga dua kali ganda berbanding bola yang tidak mempunyai lubang.

Lubang tersebut akan mengurangi daya hambat udara. Udara akan masuk di permukaan lubang dan melancarkan pergerakan bola yang dipukul.

Malah, lubang yang direka ini dapat membantu mengurangkan gegaran ketika pukulan.

Satu lubang pada bola golf dikatakan mempunyai kira-kira setengah daripada sereten bola yang mempunyai permukaan licin.

 

Jadi, inilah sebabnya mengapa bola golf diciptakan dengan reka bentuk lubang di sekelilingnya.

BACA: Anak buah ‘atok’ bocorkan rahsia resepi KFC, rupanya senang je resepinya