Sebelum PRU terlepas, kini Ahmad Zahid bebas tanpa dilepaskan lagi

Oleh NADIA HARON

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin,

atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya,

Sebelum PRU terlepas, kini Ahmad Zahid bebas tanpa dilepaskan lagi

Datuk Mohd Dusuki Mokhtar memberitahu bahawa, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi Timbalan Perdana Menteri ini, bagi menggugurkan kesemua tuduhan.

Semasa prosiding, Mohd Dusuki berkata, pihak pendakwaan ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid, 70, berdasarkan 11 alasan, mengikut peruntukan 145 Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, pada 29 Januari lalu, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan kepada AGC bahawa, siasatan lanjut hendaklah dibuat berhubung kes berkenaan.

“Tidak adil untuk menangguhkan perbicaraan kes itu ke satu tempoh yang tidak tentu maka kami mohon tertuduh dilepas tanpa dibebaskan (DNAA),” katanya.

Bagaimanapun, peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid membantah permohonan itu dan memohon agar anak guamnya dilepas dan dibebaskan (DNA).

Ahmad Zahid, 70, telah menghantar surat representasi setebal 200 muka surat kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) sebagai asas pertimbangan agar pertuduhan terhadapnya digugurkan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dibicarakan atas 47 pertuduhan iaitu lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

BACA: “Ayah cuba dekatkan diri pada anak-anak tapi dah terlewat, takdir Allah, aku terbaca semua mesej ayah dengan skandalnya, rupanya skandal sejenis..”