“Anak ini bawa malapetaka dalam hidup aku..disangka jadi penyejuk hati dan jiwa rupanya berjiwa iblis, tergamak buat projek dengan bapa sendiri”

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Setiap wanita pastinya mempunyai hasrat memberikan zuriat kepada suami

Namun permasalahan mandul terkadang menjadi penghalang dan pastinya membuatkan seseorang itu cukup sedih.

Selain ikhtiar rawatan IVF, ada yang memilih ambil anak angkat sebagai jalan lain.

"Anak ini bawa malapetaka dalam hidup aku..disangka jadi penyejuk hati dan jiwa rupanya berjiwa iblis, tergamak buat projek dengan bapa sendiri"

Menikah berbelas tahun, saya tak mampu beri anak dari rahim sendiri

Walau bukan dilahirkan dari rahim sendiri, setiap ibu pasti memberikan kasih sayang tak terkira. .

Malangnya bagi seorang wanita ini, dia telah dikhianati oleh anak angkatnya bernama Raya yang sudah dibesarkan sejak bayi.

Menurut kisah awal, ibu bapa kandung yang tinggal di kampung pedalaman menyerahkan Raya ke dalam jagaan wanita ini akibat faktor kemiskinan hidup.

Raya taknak balik ke pangkuan keluarga angkat…Saya bangga kerana tak salah didik Raya

Sejak budak itu datang haid, wanita berkenaan sudah berterus terang tentang status sebenar.

Syukurlah Raya memahami dan enggan kembali ke pangkuan orang tuanya kerana sudah terlebih sayang dengan penjaga angkatnya.

Belikan susu paling mahal, mengupah pengasuh bertauliah, didaftarkan ke sekolah swasta, dibelikan pakaian berjenama. Walau budak anak kandung, wanita ini memberikan kehidupan terbaik buat Raya. Dari kecil, Raya juga memang rapat dengan ayah angkatnya dan selalu menghabiskan waktu bersama.

“Kalau saya sibuk kerja, suamilah yang bawa Raya jalan-jalan. Makan di restoran atau tengok filem.
Raya sangat suka tengok wayang sampaikan suami siap buatkan home theater di rumah. Langgan saluran itu & ini. Raya seronok dekat rumah. Saya lega sebab masa remaja Raya, dia lebih suka habiskan di rumah berbanding keluar”

Anak ini bawa malapetaka dalam hidup saya…Anak yang disangka penurut rupanya berjiwa iblis

Langit tidak selalunya cerah, kebahagiaan yang diraih mereka bertiga malah ranap dengan sebuah kejadian melampau.

Satu malam, si isteri terjaga pada jam 2 pagi dan menjadi hairan kerana suaminya tiada di bilik. Setelah menjengah ke ruangan home theater, retak hati menyaksikan suaminya dan Raya sedang hanyut melakukan hubungan badan.

“Saya menjerit lihat mereka lakukan hal itu di atas sofa. Mereka terus berhenti, Raya menjerit sambil menangis.

Dia terus minta saya merestui hubungan dengan suami. Raya berkata mereka saling mencintai & nak nikah je daripada melakukan hal haram. Saya tak habis fikir, kenapa anak ini boleh sejahat itu?”

Raya meraung & taknak terima mak ayah dia…Adakah saya peduli? Tak, saya tetap usir dia

Walau sudah memberikan peluang bertaubat, kedua-dua masih mengulangi perbuatan sama. Raya juga tetap dengan pendirian mahu kahwin dengan bapa angkatnya.

Akur dengan kemahuan gila itu, si isteri bagaimanapun bijak mengatur perancangan termasuklah memindahkan semua duit syarikat ke atas namanya.

Kemudian, dia menjemput pula ibu bapa kandung Raya dari kampung dan mempertemukan mereka setelah sekian lama terpisah.

Bagi memberikan pengajaran, dia nekad menghalau gadis itu untuk sama-sama pulang ke kampung sekaligus menyambung hidup dengan ibu bapa kandungnya yang semakin uzur.

BACA: Gara-gara siling pejabat reput, penjawat awam mengeluh terpaksa pakai helmet ketika kerja