Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan Operasi Khas Motosikal secara besar-besaran
Mereka menumpukan kesalahan jalan raya di seluruh negara bermula semalam hingga 30 September ini.
Operasi tersebut dilaksanakan ekoran data yang diperoleh menyaksikan 2,672 kadar kematian
melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal atau hampir 70 peratus direkodkan dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini.
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan memberitahu, berlaku peningkatan yang membimbangkan ekoran angka 16 peratus kadar kematian direkodkan bagi tempoh suku ketiga dan keempat pada tahun ini melibatkan nahas jalan raya.
“Sehubungan itu, operasi ini untuk membudayakan pematuhan undang-undang serta memupuk rasa bersalah apabila melakukan pelanggaran peraturan- peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah – Kaedah di bawahnya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengetuai Operasi Khas Motosikal di Taman Puchong Perdana, di sini, hari ini.
Selain itu, Lokman berkata, pihaknya menjalankan operasi itu di beberapa lokasi di Shah Alam, Cyberjaya, Petaling Jaya dan Subang Jaya bermula pukul 4 petang hingga 7 malam tadi.
Katanya, sebanyak 1,302 motosikal diperiksa dan 642 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.
“Kesalahan yang paling tinggi direkodkan adalah melibatkan kesalahan tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan tiada perlindungan insurans yang mencatatkan sebanyak 136 kesalahan atau 16 peratus.
“Sebanyak 205 buah motosikal juga disita sepanjang operasi yang dilakukan pada hari ini,” katanya.
Beliau berkata, perlaksaan operasi khas itu berdasarkan kaedah risikan atau penyamaran di 23 lampu isyarat di lokasi tumpuan, sekatan jalan raya (SJR) dan ‘snap check’ membabitkan laluan motosikal.
“Dalam usaha meminimumkan kadar kemalangan, JPJ mengambil tindakan penguatkuasaan bagi mendidik pengguna supaya mematuhi peraturan dan berhemah semasa berada di jalan raya.
“Justeru itu, penunggang dan pemboceng perlu mengubah sikap dengan tidak melakukan kesalahan seperti melanggar lampu isyarat, cuai keluar masuk simpang dan berlumba.
BACA: Gempar !!! Umno dedah bukti Zahid jadi mangsa pendakwaan terpilih Mahathir
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio