“Sebulan Dapat RM100 Je, Rumah Habis Kena Jual..” – Individu Kongsi Cerita Balasan Makan Harta Anak Yatim, Ramai Puas Hati Baca

Oleh ISMAIL YAHYA

Satu perkongsian yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini boleh dijadikan iktibar dan pengajaran buat mereka di luar sana

khususnya penjaga anak-anak yatim dan diamanahkan untuk menjaga harta insan terpilih ini.

Dalam hantaran itu, seorang individu tampil menceritakan mengenai pengalaman hidupnya yang ‘di buang’ gara-gara sikap tamak

“Sebulan Dapat RM100 Je, Rumah Habis Kena Jual..” – Individu Kongsi Cerita Balasan Makan Harta Anak Yatim, Ramai Puas Hati Baca

dan tidak menjaga amanah yang ditonjolkan ahli keluarga setelah kedua orang tuanya meninggal dunia.

Difahamkan, individu itu telah kematian ibu bapa pada umur 11 tahun dan dilahirkan dalam keluarga senang dan berada.

Setelah tragedi itu, pak cik serta mak cik individu itu telah bertindak untuk menghantarnya ke kampung dan dijaga oleh nenek dan maksunya.

balasan pemakan harta anak yatim

Cerita individu itu lagi, dia juga telah dinafikan hak untuk menerima harta peninggalan ibu dan ayahnya yang telah meninggal dunia gara-gara ‘dibolot’ sepenuhnya oleh pakcik dan makciknya sendiri.

balasan pemakan harta anak yatim

Setelah umurnya mencecah 20 tahun, individu itu mengambil inisiatif dan mula mencari cara untuk mendapatkan kembali harta ibu dan ayahnya dan apa yang lebih mengejutkan, segala rumah dan kereta yang sepatutnya menjadi miliknya telah diperlakukan sesuka hati seperti dijual dan sebagainya.

Individu itu akhirnya melantik peguam dan menuntut wang pampasan yang sepatutnya diterima bernilai hampir RM720,000!

Dia juga menceritakan bagaimana susahnya untuk ‘berjuang’ dalam mempertahankan haknya selain dimaki dan dicaci oleh para sepupu serta adik beradiknya gara-gara tuntutan tersebut.

Di akhir cerita, individu itu memaklumkan bahawa si pemakan harta anak yatim itu telah jatuh bankrup dan dipenjara kerana memanipulasi serta menggunakan hak orang lain tanpa izin.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang membaca luahan hati individu itu berasa puas hati melihat pengakhiran orang yang zalim terhadap anak yatim.

“Memang patut masuk penjara. Hati perut busuk. Anak dia yang duk sumpah mangsa ni pun elok masuk penjara sekali. Tak ada otak. Manusia bangsat” komen seorang netizen.

BACA: “Aku anak yatim piatu masa umur 11 tahun, dari RM2 juta harta pusaka, aku dapat RM1000, rupanya pak saudara bolot semua harta orang tuaku”