Rebah selepas makan kerepek paling pedas, remaja meninggal dunia

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Seorang remaja lelaki di negeri Massachusetts maut selepas menyertai trend makan kerepek paling pedas di dunia, lapor portal berita MailOnline semalam.

Harris Wolobah, 14, meninggal dunia pada 1 September lalu pada hari sama dia menyertai trend online dikenali sebagai ‘One Chip Challenge’.

Pada hari kejadian, ibu Wolobah dipanggil ke sekolah selepas pelajar itu mengadu sakit perut setelah makan kerepek pedas itu yang diberikan oleh rakan sekelasnya.

Rebah selepas makan kerepek paling pedas, remaja meninggal dunia

Remaja itu beransur pulih selepas pulang ke rumah, namun pengsan pada pukul 4.30 petang (waktu tempatan) ketika hendak keluar bermain bola keranjang.

Seorang anggota polis, Sean Murtha berkata, budak lelaki itu tidak sedarkan diri dan tidak bernafas. Dia dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Kes Harris menandakan kematian pertama yang dilaporkan selepas makan kerepek itu. Bagaimanapun, lebih ramai remaja lain memerlukan rawatan akibat trend tersebut.

‘One Chip Challenge’ merupakan strategi pemasaran di mana sekeping cip tortilla diiklankan sebagai paling pedas di dunia.

Ia dikilangkan sebuah syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Paqui pada 2016 dengan 10 rasa berbeza termasuk California Reaper Pepper dan Naga Viper Pepper.

BACA: Penyampai berita TV3 meninggal dunia sekali isteri dedah cerita sebenar apa yang berlaku