Ramai motor peserta RXZ Members 5.0 disita pihak berkuasa, ini prosedur menuntut kenderaan disita JPJ

Oleh ISMAIL YAHYA

Kerajaan negeri tidak akan sesekali melangkaui kuasa polis berhubung penahanan ramai peserta Himpunan RX-Z Member 5.0

Yang berlangsung di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, yang berakhir hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Negeri, Hishamuddin Abdul Karim,

Ramai motor peserta RXZ Members 5.0 disita pihak berkuasa, ini prosedur menuntut kenderaan disita JPJ

menegaskan kerajaan negeri menghormati bidang kuasa pihak berkuasa yang menjalankan tanggungjawab mereka.

Bagaimanapun beliau percaya, penganjur program yang dihadiri lebih 60,000 peserta itu mengharapkan pertimbangan istimewa daripada pihak berkuasa kerana peserta yang hadir bukan sahaja dari Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, malah juga dari Thailand dan Indonesia.

Di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Pegawai Pengangkutan Jalan boleh menyita kenderaan bagi tujuan mengenal pasti identiti pemandu,

identiti kenderaan atau untuk memberhentikan sesuatu kesalahan daripada berterusan.

Kenderaan yang disita oleh JPJ boleh dituntut/dilepaskan apabila perkara berikut telah diselesaikan :-

Setelah identiti pemandu atau kenderaan telah dikenal pasti
Kesalahan yang dilakukan telah diberhentikan
Dilepaskan oleh mahkamah.

Pelepasan kenderaan sita

Kenderaan disita akan dilepaskan kepada pihak yang berkenaan seperti di bawah :-

Pemunya/pemilik berdaftar

Institusi Kewangan (jika tidak dituntut oleh pemilik dalam tempoh yang ditetapkan)

Agensi Kerajaan seperti Polis/Kastam

Orang yang diberi kuasa di bawah Pentadbir Pusaka

Bagi kenderaan syarikat mereka yang layak menuntut kenderaan adalah

Pengarah

Pengurus Besar

Setiausaha

Pegawai yang dilantik/diberi kuasa

Dokumen yang diperlukan

Pemilik berdaftar dan pihak yang menuntut perlu hadir ke Pejabat JPJ berkenaan (dimana kenderaan tersebut disita) untuk menuntut kenderaan dengan membawa bersama-sama dokumen berikut :

Permohonan / tuntutan secara bertulis

Kad Pendaftaran Asal

LKM dan Insurans yang sah

Lesen Memandu yang sah dan masih berkuat kuasa

Kad Pengenalan

Permit Asal (untuk kenderaan perdagangan/sekolah memandu)

Borang 49 (untuk kegunaan syarikat)

BACA: “Kalau kamu nak berpisah dengan ayah, saya akan tinggal dengan kamu”