Biadab!! Pasangan warga Arab minta sedekah di sekitar KLCC, siap tunjuk jari tengah buat netizen bengang

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Seorang wanita warga Arab bertindak biadab semasa meminta sedekah di sekitar ibu kota, Kuala Lumpur.

Berdasarkan video berdurasi 22 saat yang tular sejak Jumaat, wanita itu dilihat berang dan mengangkat jari tengah kepada lelaki yang merakamkan perbuatannya itu.

Difahamkan dia melakukan kegiatan berkenaan bersama pasangannya yang juga lelaki warga Arab dan seorang kanak-kanak yang dibawa dengan menggunakan stroller.

Biadab!! Pasangan warga Arab minta sedekah di sekitar KLCC, siap tunjuk jari tengah buat netizen bengang

Di dalam video terbabit, individu yang merakam pasangan berkenaan turut didengar mahu mengadukan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

Insiden berkenaan berlaku berdekatan dengan pusat beli-belah Suria KLCC, Kuala Lumpur dengan waktu serta hari sebenar kejadian tidak dapat dipastikan.

Di ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsikan pengalaman mereka berhadapan modus operandi pasangan berkenaan yang didakwa meminta sedekah dengan cara memaksa orang ramai di sekitar kawasan terbabit.


“Mereka selalu datang ke premis tempat saya bekerja dan meminta sedekah kepada pelanggan kami. Ia menyebabkan pelanggan tidak selesa,” tulis naterhasan.

“Dekat Masjid Kuala Lumpur ni, bersepah. Guna budak kecil. Guna nama Palestin. Lagi-lagi lepas solat Jumaat. Kita ini digalakkan bersedekah, tapi biar berpada-pada,” kata catsyaz.

“Memang banyak yang macam ni. Tiba-tiba muncul entah dari mana. Siap angkut anak minta sedekah. Orang tak bagi dia jeling-jeling. Pelik. Penguatkuasa tak nampak atau memang tiada undang-undang yang boleh kawal? soal MillahOrched.

“Geram betul peminta sedekah macam ini, bila orang tak bagi, kau marah dan paksa-paksa,” ujar VillarPerosa.

Belum ada sebarang kenyataan pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini.

BACA: Dah umur 50 tahun, terkejut tahu keadaan terkini Melissa Saila – “dulu femes cerita cili padi”