Peniaga kaut ratus ribu sebulan di pasar malam, ini rahsianya..

Oleh NADIA HARON

Bermula dengan hanya berniaga di pasar malam, Muhammad Hairul Azhar Tajudin, 42, kini mampu membuka premis menjual pelbagai barangan

Di sini sehingga mampu menjana pendapatan enam angka sebulan.

Mengakui perjalanannya untuk sampai ke tahap sekarang bukanlah suatu yang mudah,

Peniaga kaut ratus ribu sebulan di pasar malam, ini rahsianya..

Dia memaklumkan, apa yang dicapai sekarang adalah hasil kerja keras selain memanfaatkan platform media sosial Facebook (FB) yang membuatkannya dikenali sebagai ‘Tok Raja Lelong’.

Katanya, dia pada mulanya hanya berniaga pakaian di tapak pasar malam di sekitar Kelantan bermula 2007 dengan modal permulaan RM350.

“Idea untuk mengembangkan perniagaan dalam talian menggunakan sepenuhnya platform FB tercetus lima tahun lalu dan ia ternyata memberikan pendapatan yang lumayan. Alhamdulillah, FB ‘Tok Raja Lelong’ kini mempunyai 20,000 pengikut.

“Setiap kali jualan secara langsung menerusi ‘FB Live’, saya mampu jual pelbagai jenis barangan termasuk pakaian, jam tangan dan beg wanita dari harga serendah RM1 hingga RM200,” katanya.
Peniaga kaut ratus ribu sebulan di pasar malam, ini rahsianya..

Biasanya, Muhammad Hairul Azhar menganjurkan sesi ‘FB Live’ sekitar jam 9 malam sehingga 12 tengah malam selama tiga hari seminggu, iaitu Ahad, Selasa dan Khamis dengan menayangkan setiap barang untuk jualan ketika bersiaran.

“Jika ada yang berminat, mereka akan tinggalkan komen pada setiap barang yang diingini. Jualan secara dalam talian ini secara tidak langsung berjaya menarik pelanggan dari seluruh negara,” katanya.

Bapa dua cahaya mata ini memaklumkan, barangan jualannya ada juga diambil dari China kerana kualitinya yang bagus serta ramai pelanggan yang berpuas hati.

“Ada pelanggan ingin mendapatkan barang secara terus di kedai, jadi saya guna tempat simpan barang yang kini diubah suai menjadi kedai. Saya tidak rasa sudah berjaya, perjalanan dalam perniagaan masih jauh selain perlu sentiasa belajar dan cari ilmu bidang yang diceburi.

“Namun, saya bersyukur ada pihak menjadikan saya sebagai sumber inspirasi untuk berjaya,” katanya menasihatkan anak muda berbakat dalam perniagaan memanfaatkan terknologi terkini dengan menjadikan platform media sosial untuk menambah pendapatan.
T
Dia yang dibantu lima pekerja, berkata media sosial bukan sahaja perantaraan untuk berkomunikasi, malah ia juga landasan paling sesuai mengembangkan perniagaan.

BACA: