Anda obses warna hitam? Ini 5 fakta orang suka warna hitam, no.4 tu ada kaitan dengan ilmu hitam

Oleh NADIA HARON

Anda lebih memilih warna hitam bila berpakaian? Kurang yakin atau tak berkenan dengan warna-warna lain?

Walaupun warna hitam sering dikaitkan dengan aura yang suram, mungkin ramai yang tidak sedar sebenarnya ia adalah warna yang solid dan kuat.

Warna hitam juga tidak pernah lapuk dalam trend fesyen.

Anda obses warna hitam? Ini 5 fakta orang suka warna hitam, no.4 tu ada kaitan dengan ilmu hitam

Meskipun warna ini tidak menyerlahkan si pemakai, namun ia mencerminkan sisi elegan, misteri dan cool pada seseorang.

Pemilihan warna hitam pada kebanyakan masa juga dapat mencerminkan personaliti seseorang.

“Anda boleh menggayakan warna hitam pada setiap masa. Ia sesuai untuk semua lapisan usia dan sesuai untuk dipakai dalam apa jua acara”

Kalau anda perasan, antara yang selalu mengenakan baju hitam adalah mendiang Steve Jobs. Dalam kebanyakan gambar atau acara, anda akan nampak beliau mengenakan baju hitam turtle neck bersama seluar jeans biru.

Ia seolah-olah uniform harian buatnya.

Dengar kata, beliau memang ada banyak baju ini di rumah! Selain memudahkannya untuk berfikir apa jenis baju yang perlu dipakai, Steve Jobs mengakui bahawa ia dapat menjimatkan masa dan menjadikannya lebih produktif untuk memfokuskan kepada perkara yang lebih penting dalam hidup beliau.

Wah, tak pernah terfikir pula kan?

5 PERSONALITI DI SEBALIK PEMINAT PAKAIAN HITAM
Warna hitam sememangnya warna yang cukup popular. Apa yang membuatkan kita cenderung untuk memilih warna hitam dalam berpakaian?

Sebagai pemula, minat anda pada warna hitam mungkin boleh dikaitkan dengan personaliti serta faktor lain seperti latar belakang sosial, persekitaran dan pengalaman peribadi.

Dalam dunia fesyen, warna hitam sangat sesuai dipakai setiap masa dalam pelbagai situasi.

Ia sesuai dipakai untuk majlis formal seperti mesyuarat, makan malam serta sesuai dipakai ketika perjumpaan kasual.

Warna hitam juga memberikan aura misteri dan yakin pada si pemakai. Memandangkan warna ini tidak menarik perhatian, si pemakai akan kelihatan lebih elegan dan profesional.

Pada kebanyakan masa, orang yang gemarkan pakaian hitam menggayakannya atas minat sendiri, bukanlah untuk impress sesiapa.

Ini bermakna individu ini juga bersikap lebih berahsia, sukakan privasi dan tidak suka menonjolkan diri dalam keramaian.

1. WARNA HITAM MENCERMINKAN PERSONALITI POSITIF
Berdasarkan satu survey yang dijalankan di England pada lebih 1000 individu, warna hitam telah dipilih sebagai warna yang paling digemari dan dikaitkan dengan ciri-ciri personaliti positif seperti :

Menarik
Yakin
Bijak
Survey ini juga mendapati warna hitam sering dipilih untuk digayakan ketika acara penting seperti temu duga kerja, mesyuarat, majlis perkahwinan dan majlis pengebumian.

2. WARNA HITAM MENONJOLKAN AURA KEYAKINAN
Melalui survey ini, warna hitam juga dilihat berjaya memberikan first impression yang baik ketika menghadiri temujanji penting seperti temu duga dan first date.

Kenapa?

Hal ini disebabkan oleh warna hitam yang menonjolkan personaliti si pemakai sebagai seorang yang berkeyakinan tinggi, berkebolehan dan boleh dipercayai.

BACA: ‘Biar Saya Bersihkan Nama Saya Sendiri’ Akhirnya Marissa Dania Hakim buka mulut