Laman Web Kementerian Pengangkutan Jam gara – gara Laporan awal Nahas Elmina di keluarkan

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

: Laporan awal tragedi nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam Elmina akan dikeluarkan selewat-lewatnya 10 pagi esok.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, ia selari dengan jangkaan awal dan berharap laporan itu dibentangkan kepada umum sebelum Hari Malaysia 16 September ini.

“Semua fakta (kemalangan) akan ada dalam laporan esok.

“Kami akan memuat naik laporan itu di laman web Kementerian Pengangkutan (MOT) selewat-lewatnya 10 pagi esok,” katanya kepada pemberita pada sidang media di stesen Transit Aliran Massa (MRT)Pasar Seni, di sini, hari ini selepas sesi tinjauan pengoperasian tren KLAV27 baharu bagi transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya dari stesen LRT Universiti, di sini.

Terdahulu,MOT dalam satu kenyataan memaklumkan siasatan teknikal berdasarkan Lampiran 13 Penyiasatan Kemalangan dan Insiden Pesawat, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO Annex 13), sudah dimulakan oleh pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) bermula tarikh kejadian nahas pedawat terbabit.

Laporan siasatan pesawat terhempas itu akan disediakan dalam masa 30 hari dari tarikh kejadian kemalangan udara berkenaan.

Tujuan utama penyiasatan dilaksanakan untuk menentukan hal keadaan dan punca kemalangan, dengan tujuan untuk menyelamatkan nyawa dan mengelakkan berlaku kemalangan yang sama di masa hadapan.

MOT memaklumkan penyiasatan yang dilaksanakan tidak bertujuan untuk membuktikan kesalahan atau liabiliti.

Dalam kejadian pada 17 Ogos lalu, pesawat Beechcraft 390 Premier 1 yang membawa lapan penumpang dan kru terhempas di kawasan Elmina.

Semua yang berada dalam pesawat tersebut terkorban, manakala dua orang awam turut terkorban iaitu seorang penghantar makanan yang menunggang motosikal dan seorang pemandu e-hailing.

BACA: “Sesiapa pun yang menjumpai mesej ini, mungkin waktu ini saya & ibu sudah tiada” rupanya ini kisah sedih disebalik mesej ini..