Warga asing kantoi bawa motor tiada lesen dan cukai jalan tamat tempoh rupanya motor Koperal IPD Sepang

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Baru-baru ini tular satu klip video di mana seorang warga Bangladesh mendakwa telah membeli sebuah motosikal milik seorang anggota polis pada harga RM1,500.

Rider Terpaksa Jalan Kaki Selepas Motosikal Disita, JPJ Tampil Jelaskan Sebab Tindakan Diambil Terhadapnya

Tawarkan Makanan Dan Penginapan Percuma Kepada Geng RXZ Terkandas, Keprihatinan Warga Terengganu Dipuji Ramai

Warga asing kantoi bawa motor tiada lesen dan cukai jalan tamat tempoh rupanya motor Koperal IPD Sepang

Motosikal Hilang Di Selayang, Jumpa Semula Di Kuching Selepas 12 Tahun

Video tersebut telah menjadi tanda tanya netizen dan ramai mempersoal bagaimana warga asing itu boleh mendapatkan motosikal tersebut.

@mykhabarBELI MOTO DENGAN POLIS JADI TAK PERLU KE ADA LESEN DAN ROADTAX KALAU BAWA ATAS JALAN RAYA ?♬ original sound – 🇲🇾 MY KHABAR

Sehubungan dengan itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengeluarkan satu kenyataan mengesahkan motosikal itu milik anggotanya yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, di sini.

Sahkan Motosikal Milik Anggota IPD Sepang

Tambah Wan Kamarul lagi, semakan mendapati motosikal yang ditunggang oleh warga asing berkenaan adalah milik salah seorang anggota yang bertugas di IPD Sepang.

“Pemilik motosikal ini telah menghantar motosikalnya untuk dibaiki di sebuah bengkel.

“Bagaimanapun, disebabkan pemilik terlalu lama tidak mengambil semula motosikalnya, warga asing berkenaan meminta untuk membelinya sebelum dipersetujui pemiliknya itu,” katanya.

Susulan daripada kejadian ini, polis meminta orang ramai agar mematuhi undang-undang jalan raya demi keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Sebarang kesalahan jalan raya boleh diambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau kaedah-kaedah pengangkutan jalan.

Mungkin imej poster, majalah dan teks

Mungkin imej poster, majalah dan teks

Memetik kenyataan rasmi Facebook Polis IPD Sepang, semakan mendapati pemilik motosikal itu telah menghantar kenderaan itu untuk dibaiki di sebuah kedai bengkel.

BACA: Menyesal gadai gelang hampir RM10,000 niat nak tolong kawan, akhirnya diri sendiri kena tebus balik