Sebelum ini dilaporkan bahawa ibu tunggal bertatu Indonesia, Mondy yang pernah dibantu oleh pendakwah terkenal, Ebit Lew telah kembali ke imej asal tidak bertudung.
Terbaharu, penyanyi rap, Caprice memuat naik sneak peek video temubualnya bersama Mondy di Instagram miliknya.
Menerusi video itu, dia menzahirkan rasa kesal apabila dirinya disalahkan oleh netizen sedangkan keadaan sekeliling membuatkan dia terpaksa mengikuti Ebit Lew.
Menurutnya, orang luar hanya beranggapan Ebit adalah seorang insan yang baik tetapi mereka tidak lihat lagi sisi ‘jahat’ pendakwah tersebut.
Tambahnya, dia melihat sendiri dengan matanya kejahatan pendakwah itu. Susulan itu, pendedahannya meraih perhatian orang ramai dan ada netizen beranggapan dia menyebarkan aib.
Lihat siaran ini di Instagram
Malah, ada juga netizen yang dilihat kurang percaya dengan pendedahan Mondy kerana mungkin dia mempunyai agenda tersembunyi.
Dalam pada itu, Caprice turut memuat naik sebuah video dimana dia cuba menghubungi pembantu peribadi Ebit Lew tetapi tidak dapat berbincang seolah-olah cuba ‘lari’ dari berbicara menerusi panggilan telefon.
Walau bagaimanapun, kenyataan rasmi belum dikeluarkan dari pihak Ebit Lew selepas video tersebut dimuat naik.
BACA: Pernah tak terfikir kenapa orang kaya kalau tinted gelap tak kena saman dengan JPJ?