Ramai suri rumah tak tahu cara cuci papan pemotong yang dah hitam, cuma guna 3 bahan ini saja

Oleh ISMAIL YAHYA

Rupanya ada cara cuci papan pemotong yang sudah hitam dan berdaki.

Ada sesetengah orang berasa sayang nak buang walaupun harganya murah saja jika beli yang baru.

Papan pemotong ini sering digunakan untuk memotong apa saja seperti lauk mentah, sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya.

Ramai suri rumah tak tahu cara cuci papan pemotong yang dah hitam, cuma guna 3 bahan ini saja

Lama kelamaan, pasti ia akan menjadi calar-balar, berdaki dan berkulat.

Oleh itu, mari MyResipi kongsikan cara mudah dan berkesan untuk membersihkan papan pemotong anda dengan menggunakan 3 bahan dapur iaitu, limau nipis, baking soda dan cuka.

Ramai suri rumah tak tahu cara cuci papan pemotong yang dah hitam, cuma guna 3 bahan ini saja

CARA CUCI PAPAN PEMOTONG HITAM

Bahan-bahan:

Limau nipis
Baking soda
Cuka
Cara-cara:

1. Belah limau nipis kepada dua bahagian.

2. Kemudian, taburkan baking soda ke atas permukaan papan pemotong.

3. Gosok papan pemotong menggunakan limau nipis yang sudah dipotong tadi. Biarkan seketika selama 10 minit.

4. Selepas itu, ambil potongan limau yang baru dan sambung gosok pada permukaan papan pemotong.

5. Seterusnya tuangkan cuka. Gosok lagi sehingga semua kotoran pada papan pemotong hilang. Boleh guna berus besi untuk menyental supaya kotoran cepat hilang.

6. Bilas sehingga bersih. Hasilnya papan pemotong akan kelihatan bersih dan seakan baru dibeli.

Semoga bermanfaat!

BACA: Hidup mewah selepas tawar servis jadi ‘BF’ online, pelajar berjaya raih sehingga RM50k