Arini sy mewakili persatuan TTC (trying to conceive) & lelaki2 tak subur, terpanggil dgn reply abang Tesla yg terbaru.
Tak dapat zuriat terus poligami, alasan terpaling SELAMAT tuk poligami kat Malaysia ni.
La (short form Tesla), kalau ko hidup zaman Hang Lekiu dulu bolehlah nak pakai alasan ni.
Tapi zaman sekarang medical technologies dah padu yg kalau ko nak pilih jantina anak pun boleh (haram di sisi Islam).
‘Tak dapat zuriat terus poligami, kalau ko hidup zaman Hang Lekiu dulu bolehlah nak pakai alasan ni’
Setakat 5 tahun kahwin takde anak, itu kisah kecil La. Kalau ko dengar kisah2 mereka yg TTC, 11 tahun, 15 tahun kahwin takde anak, ada yg IVF 3-4 kali & keguguran tapi masih bersama, tidakkah ko fikir statement ko tu mengguris hati mereka?
Aku yakin ko tak pernah check sebab melihat style content creating ko yg meng-contentkan SEGALA-GALANYA, mesti ko akan buat video “gais arini aku nak pergi hospital check kesuburan, mohon doa dipermudahkan, jangan lupa follow tiktok aku gais” tapi tak jumpa pulak video sebegitu.
Berapa yakinkah ko yg mungkin ko penyebab isteri tak dapat anak?
Tahu tak 60% lelaki Malaysia didapati tak subur.
Dulu aku tak subur, 4.5 tahun kawin takde anak maka aku & wife pergi check. Wife aku normal, takde cyst, takde saluran tersumbat. Aku pulak, paap sperma abnormal, banyak bentuk pelik2.
Aku ubah lifestyle Alhamdulillah 2 bulan buat perubahan, wife aku mengandung. Jadi how confident are u yg kalau ko kawin baru, bini boleh pregnant? Kang 5 tahun kawin takde zuriat ko poligami ketiga guna alasan sama, ah BEBALLL.
Aku tak boleh brain kekolotan pemikiran lelaki melayu ko yg “tak dapat anak, semua salah bini”.
Ko tu influencer, entrepreneur, ex pengawas maka jadilah contoh yg baik.
Tak perlu bijak pun cuma FIKIR DULU SEBELUM CAKAP/ TULIS/ POST SESUATU.
Fikir, “adakah apa yg aku akan cakap/ tulis/ post ni akan menampakkan kebodohan aku?”.
Kalau otak tu cakap “ye, akan nampak bodoh”, maka simpan dalam hati, jangan post. Lay low lah dulu La, enjoy honeymoon dgn 2nd wife, bawak dia naik Tesla keliling KL tanpa meng-content-kan apa jua sebab satu Msia tengah berapi dgn ko & paling penting JAGALAH HATI 1st wife tu. Hopefully takde post ko yg bakal membuatkan aku mewakili apa jua persatuan lepas ni k La?
BACA :Terungkai siapa pemilik sebenar kereta nombor plate A1, bukan calang-calang orang