Salam semua. Hurmm tak tahu macam mana nak mula. Nak tuduh takut berdosa sebab tak ada bukti
Tapi otak ni memang cakap yang dia ada buat sesuatu yang tak elok di belakang saya.
Sekarang ni 8 malam waktu aku taip ni dalam kereta axia isteri yang aku naik lepas dia balik kerja 7.30 malam tadi.
‘Dia akhirnya mengaku curang dengan aku sampai tahap macam suami isteri dah dengan lelaki tu, air mata jatuh menitik ke perut boroi aku’
Isteri aku ni kerja kilang ja, waktu kerja dia 7 pagi – 3 petang setiap hari, cuma hari ni dia wassap aku petang tadi cakap balik pukuI 7 sebab kena buat OT. Aku pun ok je la sebab selalu juga dalam 6 hari bekerja dia akan OT dalam 3 ke 4 hari seminggu.
Cuma malam ni buat otak aku berfikir negatif sikit.. Apa tidaknya semalam aku dah full kan tank minyak kereta dia ni, tapi aku naik malam ni minyak dah habis separuh sedangkan tempat kerja dengan rumah hanya dalam 6km ja.
Kenapa minyak boleh habis separuh sedangkan dia kerja, 12km pergi balik tak mungkin boleh habis separuh tangki. Masalahnya sekarang dalam otak aku dok pikir bukan-bukan.
Tambah lagi bila aku geledah satu kereta dan terjumpa slip gaji isteri bulan lepas terselit di belakang kusyen driver.
Terk3jut aku dalam slip gaji dia memang tiada pun rekod OT yang dia buat selama ni. Sedangkan setiap minggu 3 atau 4 hari ada ja dia balik lewat jam 7 sebab OT. Dalam tu hanya basic dan elaun-elaun sahaja dan ada rekod MC dan ada hari yang dia tak datang kerja, tiada pun OT.
Sekarang ni aku tengah blurr dok pikir, tak tahu apa nak buat. Otak ni tertanya-tanya ja ke manakah dia pergi selama ni? Hari ni mungkin Allah nak tunjuk sebab dia lupa nak tambah balik minyak bagi penuh.
Bukti aku takda untuk kaitkan dia dengan kecurangan tapi otak aku ni memang cakap dia ke arah kecurangan.
Aku hanya mampu berdoa dan berserah pada Allah. Satu lagi aku bukan jenis suami yang makan hasil bini yer.. Aku ada bisnes sendiri, duit isteri aku tak pernah sentuh pun.
Sambungan..Assalamualaikum admin, bersambung dari kisah sebelum ni tentang isteri aku. EHH, sebenarnya dah jadi bekas isteri dah pun. Kami dah sah bercerai secara aman. Kisahnya minggu lepas bila dia tersasul panggil aku ABANG.
Sepanjang 6 tahun perkahwinan panggiIan antara aku dan dia menggunakan I & U dari mula bernikah sampailah sekarang, belum pernah lagi dia guna panggiIan abang pada aku.
Ok sambung balik, bila terpanggil dengan panggiIan abang tu dia terus terdiam kaku dan aku pun terdiam dengan mata terk3jut jugak la.
Dalam terdiam seketika tu dia sempat cakap nak cover, aduiii dok besar abang-abang dengan kawan kilang sampai kat laki sendiri pun panggil Abang dengan gelak-gelak.
Panggilan tu tak membuatkan aku gelak sikit pun, malah aku terus bertanya, sebenarnya abang mana ni?? Cakap betul-betul jujur dari hati, i tak marah u pun kalau u jujur, kata aku.
Dia diam beberapa saat dan aku nampak mata dia mula berair. Lepas aku tekan dan tekan lagi dengan cara lembut akhirnya jawapan yang selama ini aku cari aku dapat. Dia akhirnya mengaku berlaku curang dengan aku sampai ke tahap macam suami isteri dah dengan lelaki tu.
Bergenang air mata aku jatuh menitik ke perut boroi aku ni. Dalam hati aku hanya Allah yang tau macam mana rasanya tapi aku control kemarahan aku sebab aku dah syak dari sebelum ni lagi cuma takda bukti. Apa tindakan yang aku buat hanya bertanya dan bertanya soalan 1 persatu dengan lembut.
Dengan pengakuan dia yang sambil menangis depan aku dia mengaku dah berhubungan dengan lelaki tu selama 2 tahun.. Selalu dia ambil cuti dan mc untuk bersama dengan laki tu padahal pada aku dia pergi kerja. Aku tanya apa alasan dia curang dengan aku?
Jawapan dia mudah sangat ‘Hasutan Syaitan’. Aku terdiam sedangkan selama ni ilmu agama apa yang termampu semua aku ajarkan. Solat pun selalu aku pesan jangan tinggal walau sibuk macam mana sekalipun. Segala kewajipan aku selama jadi suami 6 tahun ni aku cukupkan.
Sekali pun tak pernah aku naik tangan atau marah yang tahap ekstrem. Aku jujur bagitau layanan batin dia pada aku selama ni tak macam pasangan lain. Boleh katakan jarang sekali sebab dia selalu menolak dengan alasan letih.
Tahun ni dah 2022 dah bulan berapa sekali pun aku belum bersama dengan dia. Aku boleh control lagi sebab aku faham dia letih kerja selama ni. 6 tahun aku bertahan dengan layanan batin yang kurang dari isteri, sebab tu aku dengan dia belum dikurniakan cahaya mata.
Aku pun tak pikir sangat bab batin tu sebab pada aku yang pernah berumahtangga sebelum ni dah pernah rasa nikmat tu. Jadi bila dia asyik mengelak ajakan aku selama ni, aku dah jadi malas.
Pada aku dapat takpa tak dapat pun takda sebab aku tak pikir tentang nafsu sangat, cuma aku doa dalam diri aku satu hari isteri aku akan berubah dan layan aku macam orang lain.
Tapi semua tu tak berlaku sampai la dia berterus terang dengan aku minggu lepas. Memang aku akui aku sayang dia sangat-sangat. Rasa terkesan bila dah pisah macam ni tapi aku tak nak jadi dayus bila kebaikan aku sebagai suami dipermainkan.
Sekarang aku kembali solo hidup sorang-sorang tanpa perempuan di sisi, aku rasa lega balik hati ni bila aku cuba lupakan dia. Aku dah bosan sebenarnya dengan perempuan dah kali kedua aku macam ni.
Yang first dulu pun sama tapi tak la sampai curang, hanya tak taat dan derhaka pada suami tapi tahap gaban la.
Aku nak pesan sikit la pada perempuan-perempuan yang bergelar isteri orang di luar sana. Tolonglah hargai suami anda yang tunaikan segala kewajipan sebagai suami, yang penuhi segala kemahuan anda. Janganlah buat yang bukan-bukan di belakang suami anda.
Anda kena ingat, lelaki yang baik dan setia ni limited edition. Jaga elok-elok suami anda, jangan pasang lelaki lain di belakang suami anda. Itu jer luahan aku dan kesinambungan dari yang dulu. Terima kasih. -Duda Penang.
BACA :Cara hilangkan bau busuk dalam kereta, guna serbuk Nescafe saja, korang boleh cuba