Nampak cantik tapi membahayakan pemandu dan penumpang, ini 4 aksesori ramai guna pada kereta

Oleh ISMAIL YAHYA

Bagi setiap pemilik kereta sudah semestinya mereka akan menghias kenderaan dengan menambah aneka aksesori, lebih-lebih lagi jika kereta baharu.

Malah, kebanyakan aksesori kereta boleh didapati di kedai dan juga secara dalam talian (online).

Namun begitu, sesetengah aksesori bukan sahaja tidak perlu digunakan, sebaliknya berpotensi membahayakan nyawa pemandu dan penumpang.

Nampak cantik tapi membahayakan pemandu dan penumpang, ini 4 aksesori ramai guna pada kereta

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pemuda di TikTok, dia berkongsi tip tentang kereta dan menyenaraikan empat jenis aksesori kereta yang berbahaya jika digunakan.

Karpet pelapik kaki dengan saiz yang tidak betul

Karpet dengan potongan saiz yang tidak sesuai boleh menyebabkan brek tersangkut. Lebih-lebih lagi sekiranya tebal, ia mengundang risiko tanpa disedari.

Penutup papan pemuka (dashboard cover)

Walaupun aksesori ni kelihatan cantik dengan warna atau corak yang digemari pemilik ketika dihampar di atas dashboard (papan pemuka).

Namun aksesori ini boleh menghalang pembentukan airbag (beg udara) ketika kemalangan di mana ia tidak akan terbuka dengan sempurna.

Klip tali pinggang keselamatan (seatbelt clip)

@wapcar_adrian Korang ada pasang ke? #fypmalaysia #carmalaysia #cartips #carsafety #TikTokGuru ♬ Reality – Lost Frequencies


Kereta
Untuk pengetahuan korang, penggunaan aksesori ini amat berbahaya kerana ia tidak mampu menampung berat badan pemandu apabila berlaku kemalangan.

Malah, klip ini boleh tercabut ketika berlaku hentaman atau impak yang kuat, sekali gus pemandu boleh tercampak.

Sementara itu, jika aksesori ini dijumpai dalam kereta ketika kemalangan oleh pihak insurans, pemilik kenderaan berkemungkinan tidak boleh boleh membuat tuntutan insurans.

Sticker berlian pada stereng
Kereta
Jika airbag meletup ketika kemalangan berlaku, pelekat ini terpelanting dan mungkin terkena pada muka pemandu, sekali gus boleh menyebabkan kecederaan.

Ingat, jangan beli aksesori hanya kerana mahu kelihatan cantik atau trendy semata-mata. Keselamatan nyawa anda lebih berharga daripada aksesori ini.

BACA: Tak semestinya asal uniform putih je adalah nurse, ini jenis-jenis uniform pegawai kesihatan ramai tak tahu