Tanpa cakap banyak aku terus bagi hadiah ni pada dia’.Pagi ni adik Grabfood datang ke rumah.
Kebetulan pagar terbuka sebab baru pulang dari hantar mak ayah ke hospital untuk acara kegemaran mereka.
Sampai je di rumah, Grabfood pun sampai. Sambil buka beg dan keluarkan bungkusan makanan
adik tu ucap terima kasih dan minta doakan perkahwinan dia diberkati. Nak kahwin tak lama lagi.
‘Pagi ni adik Grabfood datang ke rumah, minta doakan perkahwinan dia diberkati.. Tanpa cakap banyak aku terus bagi hadiah ni pada dia’
Bagus sikapnya. Kita tak tahu doa siapa yang akan Allah makbulkan maka kita minta sahaja kepada sesiapa yang melintas dalam kehidupan kita.
Bagi hadiah kahwin pada dia menerusi tips dalam aplikasi Grab.
Selamat pengantin baru!