Lelaki Arab teguk susu pekat terus dari tin, ini rupanya punca dia buat macam tu

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Seorang lelaki berbangsa Arab meraih perhatian wargamaya selepas memuat naik video dirinya sedang minum susu pekat manis dari dalam tin di TikTok.

Menerusi video dimuat naik Abu Ratib di TikTok, lelaki yang fasih berbahasa melayu itu membuat pengakuan bahawa dia memang gemar minum susu pekat manis begitu saja.

Menurutnya, para netizen yang menonton tidak perlu berasa pelik dengan tindakannya itu kerana ia merupakan satu kebiasaan bagi masyarakat Arab.

Lelaki Arab teguk susu pekat terus dari tin, ini rupanya punca dia buat macam tu

Guys jangan rasa pelik kalau nampak orang Arab makan (minum) susu pekat sebab dekat negara Arab memang kami makan macam ni ja.

Bukannya campur dengan teh o ke makanan dan sebagainya.

Tambah pemuda itu lagi, harga susu pekat manis di Malaysia adalah jauh lebih murah berbanding yang dijual di negara-negara Arab.

@ratib1230 #fyp #foryou #viral #foryoupage #fypシ #fypシ゚viral #gila #susupekat ♬ original sound – ABU RATIB

Susu pekat harganya memang mahal di negara Arab, tak macam di sini (Malaysia). Di sini, harganya lebih murah dalam RM2 atau RM3.

Kalau nak dibandingkan sini dengan Arab, tin besar harga dia dalam RM70 ke RM80 dan memang mahal. Kami selalu beli yang kecil itu pun berharga RM20.

Di akhir videonya, pemuda tersebut sekali lagi menunjukkan cara minum susu pekat manis terus dari tin seperti mana yang dilakukan kebanyakan masyarakat di Arab.

Respon netizen

Lelaki Arab Minum Susu Pekat Manis Dari Tin

BACA: Sumber dedah Adly Zahari bakal Menteri penuh, Azli Yusof bakal Timbalan Menteri Pertahanan?