‘Dia pegang dan raba dada saya’, Sarimah dedah kru produksi ambil kesempatan ketika betulkan microfon

Oleh ISMAIL YAHYA

Che Puan Sarimah Ibrahim mendedahkan dirinya pernah terkena gangguan seksual semasa menjadi pengacara di sebuah rancangan suatu ketika dahulu.

Sarimah, 45, berkata individu tersebut telah memegang bahagian dada selain meraba tubuh badannya ketika ingin membaiki mikrofon sebelum rancangan tersebut bermula.

Jelasnya, individu tersebut merupakan salah seorang kru dan telah mendirikan rumah tangga ketika itu.

'Dia pegang dan raba dada saya', Sarimah dedah kru produksi ambil kesempatan ketika betulkan microfon

Sarimah dedah gangguan seksual berlaku dalam industri seni.

“Saya pernah terkena gangguan seksual semasa berkerja di sebuah set rancangan.

“Yang mana ketika itu individu berkenaan datang menghampiri wajah saya dengan alasan untuk membaiki mikrofon sebaliknya memegang dada saya.

“Saya terpaksa senyum seolah-olah seorang pengacara hebat…. dia pegang-pegang dan dia raba.

“Dia sempat puji saya cantik ketika itu dan dia juga kata kami akan terlihat hebat jika bersama tapi dia telah berkahwin,” katanya kepada pemberita.

Sarimah berkongsi perkara itu semasa sidang media Siri Astro Originol Riot yang berlangsung pada malam Selasa di Kuala Lumpur.

Ceritanya lagi, individu tersebut turut mengajaknya bercuti bersama, namun dia menolak tawaran berkenaan.

“Selepas itu dia kata saya tak boleh dapat sambung musim yang seterusnya sekiranya saya tidak pergi bercuti bersamanya.

“Saya kata tak apa saya akan bayar percutian saya sendiri,” jelasnya.

Saya tak nak dan saya tak nak tunjuk saya punya lengan.

Selain itu, Sarimah turut mendedahkan dirinya pernah diminta untuk memakai pakaian seksi di hadapan seorang pengarah.

“Ada sekali itu, seorang pengarah suruh saya masuk bilik model baju-baju untuk rancangan tersebut. Dia suruh saya pakai baju seksi dan sudah siapkan baju-baju untuk saya pamerkan dalam bilik itu.

“Saya tanya kenapa saya kena pamerkan di dalam bilik ini bersama pengarah tersebut secara seorang diri, macam pelik saja.

“Saya tak nak dan saya tak nak tunjuk saya punya lengan… selepas itu saya tak dapat tawaran seterusnya tapi ada rezeki lain selepas itu,” dedahnya lagi.

Sarimah enggan gadai maruah hanya kerana pekerjaan.

Menurut Sarimah, kejadian itu kerap kali berlaku kepadanya membuatkan dia mempunyai kesedaran untuk menolak dan berkata tidak.

Malah dia juga rela tiada peluang pekerjaan asalkan maruahnya tidak tergadai.

“Saya lebih rela hilang pekerjaan berbanding hilang maruah. Tak apa, rezeki datang. Kejayaan adalah ketenangan dan ketenangan apabila kita menjaga maruah,” luahnya lagi.

BACA: “Sebelum dapat anak, aku dan isteri bahagia. Bila anak dah 2, aku terkilan isteri mula berubah, aku mula siasat, risik dalam diam, rupanya ini isteri aku buat belakang aku!”