Sering mencetuskan kontroversi, usahawan jamu terkenal Liana Rosli ataupun lebih dikenali sebagai Kak KM ada mencuri perhatian netizen di Tiktok.
Dalam hantaran tersebut, Kak KM seolah-olah memberi bayang bahawa dia tidak lama lagi akan memegang status ‘J’.
Antara spekulasi status ‘J’ adalah mungkin membawa maksud janda seperti yang didakwa netizen.
Kak KM yang pada mulanya dipuji cantik oleh seseorang dan merakam video kemudian disahut usahawan itu.
“Mungkin akan membawa status ‘j’…” – Kak KM
Malah dalam satu hantaran lain, Kak KM juga ada membuat hantaran berbaur nasihat yang menyuruh agar suami tidak sesekali menyakiti hati isteri jika tidak boleh membahagiakannya.
“Kalau tak boleh bahagiakan isteri, jangan cuba sakitkan hatinya…” – Katanya
Susulan itu, ramai yang mengaitkan hantaran tersebut dengan insiden kemalangan kereta membabitkan suaminya, Razman Ramli yang enggan memohon maaf akibat peristiwa itu.