Pempengaruh media sosial, Khairul Aming (KA) hari ini menyambut ulang tahun yang ke-31
sekali gus menjadikan ia genap setahun beliau memasuki siri yang ke-30 dalam kehidupannya.
Menerusi satu hantaran di Facebook, KA memuat naik satu hantaran beliau mengucapkan ucapan hari lahir kepada dirinya sendiri.
Bagaimanapun apa yang lebih menarik perhatian, beliau turut mengepilkan gambar kek yang memaparkan lukisan mukanya yang pernah tular pada satu ketika dahulu.
“Selamat hari jadi yang ke-31 wahai Khairulaming,” memetik kapsyen itu.
Difahamkan lukisan itu adalah reaksi sebenar wajahnya semasa terkejut melihat jualan air tangannya, Sambal Nyet Berapi ‘laku keras’ di platform Shopee satu ketika dahulu.
Beliau juga sempat menangkap gambar bersama kek itu, berserta trofi yang diterima semasa dinobatkan sebagai pemenang kategori Creator Of The Year pada TikTok Awards Malaysia 2023.