Perkongsian gambar pelakon Laudya Cynthia Bella berada di Dubai baru-baru ini menimbulkan tanda tanya
Dalam kalangan peminat sehingga timbul khabar angin mendakwa dia bakal berkahwin dengan seorang kerabat raja di sana.
Menjelaskan hal tersebut, rakan baik kepada Laudya iaitu Zaskia Sungkar memberitahu tujuannya ke negara berkenaan hanyalah untuk membeli pakaian dan jubah.
Seperti laporan KapanLagi, Zaskia juga memaklumkan Laudya belum membuat perancangan untuk kembali mendirikan rumah tangga meskipun sering dijodohkan dengan beberapa lelaki.
Dalam masa sama, Laudya dikatakan sedang memberi fokus untuk belajar mengaji.
Untuk rekod, Laudya sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli usahawan Malaysia iaitu Engku Emran pada September 2017 di Kuala Lumpur.
Hubungan mereka bagaimanapun tidak bertahan lama dan bercerai pada Julai 2020.
Laudya Cynthia Bella tak mahu bercinta lagi, hanya pilih lelaki untuk dijadikan suami
SELEPAS melalui fasa kegagalan rumah tangga sebelum ini, pelakon Laudya Cynthia Bella memberitahu dia tidak mahu lagi menjalani proses bercinta dengan mana-mana lelaki.
Menurut Laudya dia lebih memilih seseorang yang betul-betul boleh dijadikan sebagai suami.
“Saya tidak mahu lagi bercinta dan berpegangan tangan seperti sepasangan kekasih.
“Perbuatan itu seperti mengulangi menjadi diri saya yang sebelum ini.
“Saya sekarang tidak bercinta dengan sesiapa pun.
“Saya hanya mahu mengenali seseorang dan jika kedua-duanya serasi untuk bernikah, maka itu akan diteruskan,” ujar Bella.
Laudya sebelum ini pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Malaysia iaitu Engku Emran pada September 2017 di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun hubungan mereka tidak bertahan lama dan bercerai pada Julai 2020
Bekas suami sudah kahwin lain, peminat doakan Laudya Cynthia Bella ada jodoh dengan Dimas Beck
Menurut laporan Liputan6, rata-rata netizen mendoakan agar Laudya cepat dipertemukan jodoh dan memulakan kehidupan berumah tangga sekali lagi.
Terbaharu, pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan itu digosipkan bercinta dengan pelakon senegara, Dimas Beck.
Laudya dan Dimas sebelum ini pernah menjadi ahli kumpulan muzik, Bukan Bintang Biasa (BBB) yang turut disertai Raffi Ahmad, Ayushita dan Chelsea Olivia.
BBB ditubuhkan oleh komposer terkenal, Melly Goeslaw pada tahun 2006.
Maka tidak hairanlah, Laudya dilihat begitu akrab dengan Dimas seperti mana yang digosipkan netizen.
Namun begitu, selepas 15 tahun berkawan, kedua-duanya pernah tampil menjelaskan bahawa hubungan mesra di antara mereka tidak lebih sekadar sebagai seorang sahabat baik.
Laudya berkahwin dengan Engku Emran pada 8 September 2017 namun hubungan itu tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercerai
Hasil perkahwinan itu, Laudya tidak dikurniakan cahaya mata.