“Isteri selalu makan hati dengan mertua gara-gara apa yang dia buat semua salah di mata mertua, tak sangka isteri ada keberanian balas dendam dengan aku”

Oleh ISMAIL YAHYA

Sempurna… Itu yang aku nampak pada isteri aku. Tipu kalau aku kata tiada kurang nya dia tapi itu tak perlu aku ceritakan.

Aku MFJ. Sejujurnya aku tak tahu dari mana aku nak kongsikan tapi ini adalah penghargaan aku buat isteri aku Nana.

Nana, anak bongsu dari 6 adik beradik. 2 lelaki dan 4 perempuan. Anak kesayangan ayah dan mak nya pada pandangan aku.

"Isteri selalu makan hati dengan mertua gara-gara apa yang dia buat semua salah di mata mertua, tak sangka isteri ada keberanian balas dendam dengan aku"

Seorang yang tak pernah mengeluh susah, sentiasa ceria dan yang paling aku suka, kelakar. Garang dengan anak anak tapi dalam harimaunya dia, hatinya selembut sutera.

Anak anak memang takut kan dia lebih dari takut kan hantu tapi bonda nya itu lah yang paling diorang sayang. Tak pernah sekali pun Nana tinggalkan anak kecuali semasa tidur di wad sebab gastrik teruk dulu. Sebab itu anak anak aku semua manja dan mendengar kata bonda mereka.

Hasil dari harimaunya Nana anak anak aku semua pandai berdikari, bercakap lemah lembut dan sangat hormat orang tua. Tak pernah sekali pun anak aku tanttrum nak kan mainan, lompat atas sofa rumah orang atau bergduh berebut mainan dengan sepupu sepapat nya.

Itu semua kredit untuk Nana sebab anak anak aku memang 24 jam dengan dia memandangkan aku bekerja. Aku pula, memandangkan aku anak tunggal (abang aku pergi menghadap illahi kerana kejadian 7 tahun yang lepas) semua urusan ibu bapa aku di kampung adalah di bahu aku.

Setiap Sabtu dan Ahad aku akan balik ke kampung untuk menjenguk kedua orang tua aku. Sejak dari awal kahwin sampai sekarang itu lah rutin kami setiap hujung minggu. Sekali pun aku tak pernah dengar Nana mengeluh. Bila aku tanyakan pada Nana jawapan dia cuma “ok je. Rumah mak saya dekat bila bila boleh balik.”

Rumah mertua aku 30 minit perjalanan. Alhamdulillah, mertua dan ipar duai aku semua baik baik dan jenis rapat. Tak pernah lagi semenjak kahwin aku nampak keluarga Nana ni bergduh atau bermasam muka. Semua bermuafakat membuatkan aku sangat selesa dengan keluarga Nana.

Aku tahu, Nana banyak makan hati dengan mak aku. Apa yang Nana buat selalunya salah di mata mak aku tapi Nana seorang yang sangat tenang. Selalu jugak dia mengadu dengan aku tentang mak tapi lepas mengadu dia akan cakap, “saya nak cerita je. Tak makan hati pun dengan mak. Kalau mak saya pun mungkin akan cakap yang sama”.

Sungguh! Aku berbangga dengan separuh jiwaku ini. Pandai memasak, lucu, penyayang, hormat orang tua dan pandai ambil hati. Terima mak mertua dan ayah mertua ku kerana mendidik dia hingga menjadi insan yang sangat sempurna!

Setiap kali aidilfitri pertama aku akan balik ke kampung aku. Bahkan 3 hari sebelum aidilfitri kami dah sampai di kampung. Selepas raya ketiga baru kami akan beraya belah keluarga Nana.

Aku pernah bincangkan hal ini dengan Nana tapi dia sendiri bersetuju untuk raya dahulu di kampung aku. Katanya kesian mak sorang kat kampung dengan ayah yang dah tak sihat. (Ayah aku sudah berumur dan strk sebelah badan).

Setiap kali aidilfitri isteri aku lah yang akan menjadi chef, seboleh mungkin dia tak kan benarkan mak ke dapur sebab takut mak penat. Jadi setiap tahun mak aku akan sebut je apa menu yang nak di masak dan Nana akan masak tanpa gagal. Family mertua aku juga akan datang bertandang setiap kali aidilfitri dan sangat ramah dengan mak dan saudara mara aku.

Baru-baru ini oleh kerana PKP aku diberhentikan kerja. Mujur ada sedikit simpanan lepas lah survive untuk tiga bulan. Aku tersangat lah risau tapi Nana sangat tenang. Nana ajak aku pergi singgah dari warung ke warung dan tanya seandainya boleh tumpangkan kuih muih dan alhamdulillah urusan kami dipermudahkan.

Kadang kadang aku sendiri pelik dengan isteri aku. Dia ni tak pernah ke risau sebab aku sejujurnya tak pernah nampak die kecewa. Selalu ceria je. Bila aku korek cerita dengan ahli keluarga dia baru aku tahu yang dari zaman kolej dulu pun memang dia sangat berdikari.

Kalau tak ada duit belanja tak pernah cakap dengan abang dan kakak dia jadi akak dia yang akan bankin setiap minggu sebab takut dia tak makan. Tenang nya dia buatkan aku pun rasa tenang. Walaupun dah tak ada kerja tetap alhamdulillah rezeki kami masih cukup untuk kegunaan harian, cukup untuk makan pakai dan tempat tinggal kami.

Boleh kata hari hari kuih yang kami letakkan di warung habis dijual dan ada juga tempahan makanan makanan lain. Nana jarang sekali nak makan diluar dan kalau nak makan diluar pun selalunya makanan yang diminta mudah di dapat. Jadi seboleh mungkin aku akan tunaikan setiap permintaan dia.

Dan selama kami kahwin dia tak pernah mintak aku barang kemas. Kata nya tak selesa pakai barang kemas. Yang dia pakai hanya cincin nikah kami saja. Gelang dan perhiasan lain yang aku hadiahkan semua disimpan. Sungguh, isteri aku adalah isteri paling sempurna untuk aku. Sungguh aku bersyukur kerana dikurniakan isteri yang sangat menyenangkan dan menenangkan. Sungguh dia lah anugerah terindah dalam hidup aku.

Untuk isteriku, terima kasih atas pengorbananmu, atas kasih sayang mu, atas segala usaha yang kau lakukan untuk keluarga kecil kita. Saya tahu saya bukan suami yang baik tapi dengan adanya awak saya rasa sempurna. Terima kasih. Ailebiu.

Komen warganet.

Untungnya, jaga lah dgn baik, jgn buat dia kecewa dgn ketidakmatangan suami dlm berfikir Dan bertindak. Tp kamu seorg yg tahu menghargai Dan menilai kebaikan isteri. Alhamdulillah.. ini sebenarnya analogi syurga isteri itu di bawah telapak kaki suami..

isteri sentiasa tenang dan senang bersama suami.. bukan maksud khasnya syurga itu betul2 bawah telapak kaki suami untuk kau tunduk walau suami dari nerka.. keep it up bro.. isteri seperti nana bukan senang nak carik.. jaga elok2.

Isteri yg baik utk suami yg baik..sme2 slg berkasih syg krn Allah..boleh follow ustaz ebit lew,sgt mnyenangkn hti,sntiasa mghrgai istri..plg ske bila dia sntiasa igtkn kte tntang khidmat suami n istri. Alhamdulillah …hargailah ia dgn kasih syg perempuan ni x mintk bnyk ..asal sj x di sia2 kan….tahniah. Nice bro..aku doakn hubungan korg kekal ke jannah..dan teruskn menghargai wife ko smpi ke hujung nywa.

BACA: “Sampailah satu hari Allah gerakkan hati aku nak selidik, aku nampak suami check in hotel dengan kakak aku sendiri, rupanya ini kegiatan mereka belakang aku selama ini”