Pengemis ini berjaya raih pendapatan RM114,350 setahun, puncanya sangat mencurigakan

Oleh ISMAIL YAHYA

Seorang lelaki gelandangan di Britain dilarang daripada mengemis selepas menjana pendapatan lebih £20,000 (RM114,350) setahun hasil sumbangan penduduk tempatan.

Akhbar Mirror UK melaporkan, James Chamber, 30, memperoleh £420 (RM2,400) setiap minggu dengan mengemis di luar restoran McDonald’s di pusat bandar Lincolnshire.

Chambers disabitkan dengan 13 kesalahan mengemis dan satu kesalahan berkaitan ketenteraman awam yang dilakukannya sejak Februari lalu di Mahkamah Majistret Lincoln.

Pengemis ini berjaya raih pendapatan RM114,350 setahun, puncanya sangat mencurigakan

Ketika perbicaraan pada 15 September lalu, hakim berkata bahawa Chambers sering menerima wang tunai, barangan dan makanan daripada orang ramai.

Dia kemudiannya diberikan perintah tingkah laku jenayah (CBO) yang melarangnya duduk di atas lantai atau mengumpul wang.

Selain itu, dia dilarang mendekati sesiapa sahaja untuk meminta wang atau barangan di bandar Lincolnshire.

Chamber dibebaskan dengan syarat selama 12 bulan dan tempoh tiga tahun CBO, namun berdepan lima tahun penjara sekiranya melanggarnya.

BACA: “Mak datang bandar nak tidur rumah anak-anak, macam biasa mak akan bergilir tidur rumah anak, sampai turn rumah abg ngah tiba-tiba biras bersuara sekali air muka mak berubah”