Assalamualaikum, Cukup aku kenalkan nama aku Leona. Aku sudah berkahwin hampir 8 tahun dan ada dua orang anak.
Selama hampir 8 tahun juga sehingga ke hari ini aku mengalami depression gara gara sikap mak mertua yang suka membandingkan keluarga aku dengan anak anak dia yang lain.
Suami aku anak no. 2 dari tiga beradik. Ya, aku akui suami aku paling susah antara adik beradik dia yang lain.
Bila sudah berkahwin dengan suami dengan aku sekali terbabit sakit mental gara gara mulut mak mertua aku.
Mungkin ada yang kata, Mak mertua tu macam mak sendiri kena terima buruk baik dia. Allahu, disebabkan aku telan segala buruk dia aku jadi nak giila.
Tahun 1 hingga ke tahun ke 7 perkahwinan, Mak akan merungut dan selalu berkata :
“Pakai lah beras basmathi. Mak dengan along, adik semua guna beras basmathi”.
”Janganlah pakai langsir murah macam ni. Pakailah langir mahal mahal macam dekat rumah mak tu. Adik dengan abang kau pakai langsir mahal tau”.
”Belilah baju raya. Kau tengok macam mak dengan adik dan abang kau tu, setiap kali raya je beli baju raya tau”.
” Kau pakai pampers murah untuk anak anak kau? Belilah pampers mahal macam adik dengan abang kau tu”.
”Kau tak nak tukar kereta ke? Kau tengok kereta adik dengan abang kau, Pakai kereta besar besar”.
”Kau bagi anak kau susu formula apa ni ? susu murah ?. Pakai lah susu yang mahal mahal macam S26 macam adik dengan abang kau tu”.
”Eeee asal lah anak kau ni lambat sangat bercakap. Anak adik dengan along umur dua tahun dah boleh bercakap”.
”Eeee asal lah, kau beli rantai kecik kecik macam ni untuk anak kau. Adik kau belikan emas anak dia semua lebih 10gm tau”.
”Eee asal lah anak kau bentuk kepala dia tak cantik. Bentuk kepala cucu cucu mak yang lain semua cantik”.
”Eee asal la anak anak kau ni kulit semua gelap gelap. Cucu mak yang lain semua putih putih”.
”Kau ni pemalas lah. Masak lah lauk macam macam jenis lauk. Mak ni kalau masak macam macam lauk ada”.
”Mak tak nak lah tudung yang kau beli dekat pasar malam ni. Adik dengan along belikan mak tudung dekat butik”.
”Kau pakai beg duit jenama apa tu?. Adik dengan Along kau pakai jenama mahal mahal tau”.
”Ler, kau belikan hadiah anak anak adik dengan along ini aje? Belilah hadiah yang mahal mahal. Adik dengan along kalau belikan anak korang hadiah mesti yang best best”.
Korang baca korang stress tak ? Ini baru sikit aku tulis.. Yaa, tiada kata kata yang baik setiap kali kami berjumpa dengan mak.
Suami? Dia suruh aku bersabar dan terus bersabar seperti mana dia bersabar dengan mak dia dari kecil hinggalah sekarang.
Tahun ke 7 kami berkahwin, Aku mula hilang sabar sebab dia cakap anak aku tak normal dan macam budak terencat.
Di situ jugak aku maki puas puas pada mak mertua aku buat kali pertama dan terakhir aku hamun dia. Aku kata, ”Dasar mak mulut iblis… Bertaubatlah mak”.
Begitulah aku tengking dia. Terkebil kebil dia tengok aku naik hantu. Suami tak berpihak pada sesiapa Suami tak juga marah aku sebab maki mak dia dan tak juga marah mak dia sebab buat aku sakit mental.
Tiga bulan aku tak datang, tak jenguk mak mertua.
Mak? sikit pun dia tak kisah aku marah, sikit pun tak rasa serba salah.
Tiga bulan tu juga berat aku turun dari 60kg ke 40kg. Aku lebih suka berkurung dalam bilik. Aku tiada mood nak buat aktiviti harian dengan baik. Aku rasa PENAT.
Setiap kali aku basuh pinggan, basuh beras, aku dengar suara mak aku dekat telinga aku ni. Aku dengar suara dia yang suka membandingkan keluarga aku dengan orang lain.
Setiap kali mandi, aku dengar suara mak buruk burukkan aku dekat adik beradik dia di kampung. Aku tengah drive, aku dengar suara mak aku mengata ngata aku.
Kadangkala, aku baling semua barang sebab nak hilangkan suara suara tu dekat telinga aku.
Kadangkala aku menjerit sorang sorang tapi suara tu tak hilang. Aku cuba muhasabah diri aku kenapa aku jadi macam ni.
Yaa, sebab ada dendam dekat hati aku. Aku tak dapat maafkan mak mertua. Lebih rasa tertekan, mak seperti tiada belas kasihan dan serba salah langsung.
Malah aku yang dikatakan menantu kurang ajar sebab cakap mak mertua mulut iblis. Adik beradik belah suami semua pulaukan aku dan semua update status kat media social cakap aku kurang ajar, tak cium bau syurga. Allahuakbar…
Raya 2021 tahun ini aku mohon maaf dekat mak mertua, aku mengalah tapi aku belum memaafkan. Cukup sekadar nak jaga silaturahim, Allah… semuanya demi suami aku.
Aku kesian kadang serba salah dia nak jumpa mak dia disebabkan aku.
Aku kata pada suami, ”Jangan risau, aku tak paksa kau pilih aku. Syurga kau dekat mak kau tapi tolong jangan kata syurga aku pun pada mak kau”.
Suara suara itu masih belum hilang sehingga ke hari ini. Hari demi hari sabar dan sifat aku yang masih belum memaafkan telah menjadi dendam.
Dendam buat hati aku menjadi kotor. Macam mana tak dendam dah 8 tahun mak mertua masih belum berubah. Aku baik macam mana sekali pun tetap tak ada kata kata yang tak baik untuk keluarga kami. Ada sahaja yang tak kena.
Kenapa aku kata hati aku telah jadi kotor, sebab sekarang bila tidur aku ‘terpisah’ dengan dunia realiti. Aku akan ‘berangan’ aku bnuh mak mertua aku. Aku akan berangan aku jadi kaya supaya mak tak hina kami lagi.
Aku berangan yang mak mertua mti nanti hidup aku jadi aman dan damai. Yaa kadangkala aku tak cukup tidur sebab aku nak fantasi aku jadi realiti. Aku akan rasa marah bila aku bangun dah pagi sebab aku tak boleh nak ‘berkhayal’ lagi.
Jangan kata aku tak berdoa, puas sudah. Jangan kata suami tak mainkan peranan nasihatkan mak dia. Apa harus aku buat agar mak mertua berubah? Atau aku yang kena berubah terima sahaja buruk mak?
Tapi yang sakitnya aku. Tengoklah aku sekarang demi nak jaga silaturahim suami dan mak dia, aku rasa aku SAKIT.
Reaksi Warganet
Hanan Hanani –
Mertua macam ni biasa panjang umurnya. Esok lusa dia terlantar sakit kita jugak yang kena jaga. Takdenya anak anak yang disanjung tu nak jaga dia.
Macam ni la sis, Doa orang teraniaya tu makbul. Sis buat je solat tahajjud banyak banyak doa dekat Allah cakap yang sis teraniaya.
Balasannya biar Allah je la yang balas
Senira Haznina –
Sis, saya bersimpati. Saya faham, berat mana memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ni cadangan cadangan saya ye.
1. Dapatkan khidmat nasihat doktor. Boleh pergi ke Klinik Kesihatan berdekatan. Minta surat untuk refer ke pakar.
2. Mulai sekarang, tak perlu dah pergi rumah mertua. Ya, tak perlu. Biar suami je yang pergi menjenguk ibunya tu. Awak duduk di rumah. Kalau suami nak bawak anak, biarkan. Awak me time je sorang sorang dekat rumah
3. Kalau ada dalam whatsapp group family mertua, leave group je. Block segala media sosial diorang. Tak payah stalk langsung. Biarlah diorang nak up status apa pun. Diorang nak pulau? lantaklah. Tak jejas pun.
4. Sayangi diri sendiri sis. Buat something yang sis suka buat.
Zawiyah Khaderi –
My dear, you need a professional to help you. Overthinking yang begitu tu adalah salah satu sympt0m mental illness.
Bukan giila, cuma illness yang boleh dirawat.
Mak mertua awak ibarat racvn yang awak terus menerus meminumnya. Belum sempat body awak pulihkan diri, awak dah minum lagi racvn tu.
Awak tulis surat panjang lebar dan nyatakan bahawa mental awak tertekan dengan kata kata pedas dan beracvn selama ini. Hantar kepada whatsapp keluarga supaya semua orang faham.
Lepastu awak tutup semua media social dan focus untuk rawat diri. Kasihanilah diri awak sendiri. Tiada sesiapa yang merasa sakitnya kecuali awak seorang.
Saleha Khairoun –
Bawak banyak bersabar dan dapatkan khidmat rawatan yang sepatutnya. Suami pun tolonglah main peranan sebab suami je paling kenal mak dia.
Dulu akak awal kahwin pon gitu banyak dengar tak sedap dari sedap. Ye la kita awal kahwin tak mewah. Tapi suami akak banyak suruh pekakkan telinga sebab kalau kita nak ikut kata orang bukan orang tu yang bagi kita duit.
Suami akak pulak jenis muka tebal telinga gajah kau kata la ape pun memang dia buat tak heran.
Orang tua marah ke, mengata dia, dia explain elok elok banyak kali sampai orang dah tak tanya or cakap lagi. Menantu dengan mertua memanglah tak serasi sebab dua dua dari latar belakang yang lain.
Doa akak moga awak cepat sembuh, kekal tenang, sihat dan ceria. Memaafkan dan melupakan memang payah. Tetapi menanggung dendam seumur hidup tu terlalu lama dik. Insyaallah semoga hubungan awak semua pulih dan harmoni.
Nurin Hanani –
Sayang diri awak dan anak anak. Jangan berkhayal selalu, menggalakkan syaiitan berbisik jahat. Maafkan semua orang setiap kali sebelum tidur.
Bayangkan hidup awak dipenuhi rasa bahagia sebab susah nak jeles dengan kehidupan orang lain. Sentiasa berasa cukup, sentiasa dipenuhi dengan rahmat dan kasih sayang Allah. Gembirakan hati.
Kalau berdoa, doa sekali untuk semua orang yang lain termasuk orang orang yang menyakiti. Nanti malaikat akan amiinkan doa awak.
Strive hard dear. Aim kita akhirat nanti bukan duniawi k