“Setiap kali itu ibu menerima jelingan maut dari nenek, dicanangnya ibu keluar dari pagi sampai petang,ini kerja ibu rupanya

Oleh ISMAIL YAHYA

Memang benar tugas anak untuk menjaga ibu bapa yang sudah tua namun setiap kesabaran ada hadnya, kalau setiap hari difitnah siapa tak melenting.

Seorang wanita Intan (bukan nama sebenar) berkongsi kisah mengenai si nenek yang tidak jemu memfitnah ibunya walaupun si ibu sudah berkorban tenaga untuk menjaganya.

Nama aku Intan. Merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik. Aku mempunyai seorang ibu dan seorang ayah, masing masing berusia lewat 40an.

“Setiap kali itu ibu menerima jelingan maut dari nenek, dicanangnya ibu keluar dari pagi sampai petang,ini kerja ibu rupanya

Alhamdulillah baru baru ini ibu dan ayahku dah dinaikkan pangkat. Tapi tak naik gaji ye.

Yang sebenar ibu dan ayah dah dinaikkan pangkat bergelar nenek dan atuk kepada cucu sulung mereka iaitu anakku yang baru dilahirkan beberapa bulan sahaja..

Rumah tangga aku alhamdulillah cukup untuk aku bersyukur, mempunyai keluarga mentua dan suami yang baik.

Baiklah itu la serba ringkas pengenalan, aku tak punya masa yang lama untuk menaip, jadi biarlah aku terus kepada cerita sebenar.

Kisah bermula enam tahun lepas apabila hadirnya nenek dalam hidup kami. Selepas Wan (panggilan kepada suami nenek) meninggal dunia.

Nenek berpindah tinggal dengan anak bongsunya iaitu ayah kami.

Bukan tidak ada anak lain lagi untuk menemani nenek, tapi kesemua kakak dan kakak kakak ipar ayah berkerja. Kecuali maklong.

Tapi nenek memilih untuk tinggal dengan kami memandangkan rumah nenek dengan rumah kami lebih dekat, dan ibu pula tidak bekerja.

Sudah takdir, Allah menduga ibu di saat dia ingin merasa nikmat hilang penat menjaga anak kecil, adik bongsu baru saja melepasi empat tahun ketika itu.

Kata ibu dapatlah tidur lena sikit tapi hadirnya nenek buatkan ibu berganda penat.

Nenek bukan ibu mentua yang tidak disayangi ibu dari awal. Ibu sangat sayangkan dan hormatkan nenek seperti ibunya, tapi kerana sikap nenek yang terlalu melampau ibu tawar hati.

Nenek, usianya lewat 70an, tidak nyanyuk, tidak pula sakit terlantar. Hanya mempunyai penyakit tua seperti warga emas yang lain.

Rutinnya bangun subuh. Tidur balik. Bangun semula jam 9 pagi ketika makanan pagi sudah siap terhidang. Menu wajib nasi lemak lauk tak boleh pedas.

Selama enam tahun ya menu sarapan tidak boleh berubah. Selepas itu ibu akan mengutip semula pingan nenek dan membasuh.

Sambil bertanya apa menu nenek nak makan untuk tengahari. Nenek hanya order saja.

Ibu ikhlas walaupun penat diperlakukan seperti bibik sehingga lah suatu hari tanpa sengaja ibu terdengar nenek bercakap dengan salah seorang anaknya.

Jelas pada masa itu nenek cakap, perutnya masuk angin. Kerana ibu lewat menyediakan sarapan pagi. Jam waktu itu menunjukkan 10 pagi.

Ibu terkilan. Sedangkan nenek tahu ibu demam. Ibu tunggu intan yang pergi beli makanan dan nenek sedia maklum. Kenapa nenek buat semua ini. Dan itu la permulaan segala fitnah nenek pada ibu.

Sehingga ketika Intan sudah memasuki alam perkerjaan. Intan dengan sengaja meletakkan perakam suara dalam bilik nenek.

Alangkah terkejutnya Intan. Seawal pagi nenek sudahpun mengadu pada anak anaknya yang lain perihal ibu.

Ibu masak pedas. Ibu tak respon dia sakit. Kami cucu-cucu tidak masuk biliknya untuk mengurutnya.

Nenek fitnah ayah ambil duitnya untuk beli ikan pada nenek sedangkan ayah terpaksa ambil sebab nenek yang beri memandangkan gaji ayah dah habis dan nenek pula minta nak makan ikan siakap dan sup tulang!

Paling kelakar hari tu katanya dia langsung tak boleh bangun kerana demam tak makan apa dan ketika itu sebenarnya dia baru masuk bilik selepas menonton drama tv3 jam 7 sambil menghabiskan sepinggan bihun goreng kegemaran nenek yang ibu masakkan.

Sungguh drama nenek ya nenek! Itu lah kemuncak rasa hormat pada nenek sendiri dah hilang. Nenek fitnah ibu dan kami semua. Cukuplah. Cukup sehari rakaman suara itu aku letakkan disitu. Tidak sangup rasanya lagi.

Aku tak kan lupa. Satu peristiwa dimana nenek teringin nak makan pulut kuning dengan rendang daging. Bersusah payah ibuku seawal pagi menyiapkan juadah permintaan ibuku.

Nenek makan bertambah tambah. Akhir apa yang ibu ku dapat?

Nenek ku mencanangkan kepada anak anaknya yang lain rendang daging ibu ku pedas. Nenek tak dapat makan. Hanya rasa pulut.

Esoknya nenek mengadu lagi pada anak-anaknya. Yang dia sakit badan disebabkan pulut ibuku. Yela mana tidak sakit kalau dua pinggan nenek hentam!

Aku tahu sebab aku terdengar dengan tak sengaja perbualan nenekku dengan anaknya yang lain.

Pedihnya memiliki nenek yang sebegini, jangan kata aku dan ibu tidak paham orang tua.

Kami bukan tidak paham orang tua. Tapi kami tidak paham kenapa ada orang tua yang suka fitnah anak menantu dia sendiri.

Sedangkan anak-anaknya sendiri pun tak sanggup menjaganya tempoh yang lama, aku tak nafikan ibu-ibu saudaraku baik-baik.

Semuanya bila dengar nenek bercerita tentang ibu akan sebelahkan ibu. Sehingga la nenek pernah merajuk juga.

Ibu-ibu suadara ku juga pemurah selalu menghulurkn bantuan tika kami memerlukan tapi bab menjaga nenek semuanya lari. Akhirnya ibu juga menjadi mangsa kerana tidak bekerja.

Perihal maklong pula walaupun dia tak bekerja tapi nenek tak berkenan dengan paklong sebab paklong jenis peramah.

Biasala paklong orang kampung, kadang nenek ke klinik ditanyanya nenek tadi doktor cakap, diguraunya itu ini.

Tapi nenek aku ni pelik. Dia tak suka. Dia nak yang diam diam ja. Lepas tu senang dia nk fitnah anak menantu cucu dia tak layan dia.

Nenek aku ni dulu pun cuma tau beranak ja. Jangan cakap aku kata sakit beranak tu biasa sebab aku sendiri tahu bagaimana sakit tu. Tapi ini yang anak-anak dia sendiri cakap.

Anak lima orang. Setiap kali beranak sakit misteri tapi zaman dulu sakit sakit pun anak ramai.

Bila beranak yang jadi mangsa maklong dan makngah aku kena jaga adik-adik. Maklong aku sendiri cakap nenek tak penah bangun pagi siapkan anak anak sekolah walaupun sekali.

Tidak pernah bangun masak sahur dan berbuka ketika bulan puasa, masak harian pun boleh dikira semuanya anak anak yang agak besar yang buatkan.

Macam dia sekarang macam tu lah dulu. Tapi bukan main lagi demand. Nak kata sakit teruk dah berpuluh hospital dah kami bawa. Tak ada sakit apa apa.

Ustaz ustaz pun kami ada bawa tapi kata ustaz tiada tanda tanda nenek ada ganguan.

Jari dan tangan nenek halus mulus. Kuku masih cantik. Kerana dia tidak pernah bekerja teruk sepanjang usianya.

Aku tak minta banyak cuma mintak nenek bertaubat memfitnah ibu cucu dan anak anaknya yang lain(ya selalu juga ibu burukkan anak anaknya depan ibu)

Aku cuma nak meluah sebab terlalu sakit hati dengan nenek. Nak dicakap depan depan, dia lah nenek aku.

Apa peranan ayah ketika nenek tak henti henti memfitnah ibu?

Ayah sangat bertanggungjawab. Menasihati nenek. Memujuk ibu. Setiap kali itu akan jadi drama rajukan panjang daripada nenek. Ayah paham ibu penat.

Setiap kali gaji, ayah dah sediakan sedikit bahagian ibu untuk ibu pergi “me time”. Rutin ini bermula dari enam tahun lepas selepas hadirnya nenek.

Dan setiap kali itu ibu menerima jelingan maut dari nenek. Di canangnya ibu keluar dari pagi sampai petang. Habiskan duit anak dia. Mujur la anak-anak nenek banyak sebelahkan ibu.

Tapi biasalah, ada juga yang percayakan dan kata.. Patotla ayah selalu tak cukup duit sebab beri bini joli sakan, sedangkan mereka tak berada di kasut ibu dan ayah.

Sekian cerita saya. Jadikan sikap nenek sebagai sempadan untuk kita.

Semoga kita akan menjadi orang tua yang tidak pernah menyusahkan anak supaya ketika hidup disenangi ketika mati dirindui.”

BACA: Cara untuk buat baja suburkan tanaman hanya guna barang dekat dapor je