Kegiatan lelaki berpurdah ini terbongkar, kantoi mengintai wanita tukar baju dalam tandas

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Kerap kali kita dengar tentang kes melibatkan seorang wanita yang menjadi mangsa lelaki jijik, mengintai wanita di ruang seperti tandas dan sebagainya.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang wanita menangis teresak-esak

selepas mendapat tahu dia telah diintai ketika sedang menukar pakaian di tandas

Kegiatan lelaki berpurdah ini terbongkar, kantoi mengintai wanita tukar baju dalam tandas

Menerusi video tersebut, mangsa yang merakam insiden itu memberitahu kepada beberapa orang lelaki yang bersamanya bahawa individu yang memakai niqab itu telah mengikutinya masuk ke dalam tandas.

Lebih mengecewakan, mangsa dikatakan telah menukar pakaian di dalam tandas itu dan perkara tersebut telah disaksikan oleh individu yang berniqab tersebut.

Berasa pelik dengan situasi itu, mangsa meminta individu itu membuka niqabnya, namun permintaannya ditolak berkali-kali sehinggalah wanita itu menarik niqab tersebut secara paksa.

Saya curiga dia laki-laki. Dari tadi saya di toilet dia mengikut saya dari tadi, mas.

“Saya masuk ke toilet untuk tukar baju, dia dari tadi ikut saya. Saya curiga dia bukan cewek (perempuan), mas,” katanya.

Penampar Tamil

Ternyata seperti yang dia duga, individu itu seorang lelaki dan mangsa menangis teresak-esak apabila mengetahui hal tersebut.

Beberapa orang lelaki yang didakwa pengawal yang berada di situ juga turut meluahkan rasa marah dan merampas telefon bimbit milik suspek.

Saya dari tadi dilihat, mas. Ya Allah!” kata mangsa sambil menjerit menangis.

Menurut Suara, kejadian yang tular itu berlaku di Gedebage, Kota Bandung, Jawa Barat dan difahamkan ia terjadi pada Ogos lalu.

Video berkenaan telah mendapat perhatian netizen di Malaysia yang mana rata-rata turut marah dengan suspek dan sebak mendengar tangisan wanita berkenaan.

Lepas ini nampaknya para wanita kenalah lebih berhati-hati jika ingin menukar pakaian di tandas awam kerana bimbang menjadi mangsa orang tidak bertanggungjawab ini.

BACA: “Tinggalkan anak dengan bapa mertua, pelik anak tak pakai pampers dan menangis masa ambil, bila diselak seluar anak, aku terkedu, tergamak bapa mertuaku..”